Artikel : 

Apakah simptom kanser hati ?

oleh Hakeema Rozainah

Sel kanser adalah sel yang hilang keupayaan untuk mengikut Teknologi Fitrah (programming) yang telah ditetapkan bagi kesemua sel kerana sistem enjin jasad mengalami kerosakan.  Kegagalan sistem enjin jasad berfungsi mengikut Teknologi Fitrah disebabkan longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik, yang tersumbat pada dinding sel lalu mempercepatkan percambahan sel tidak normal melebihi sel normal. Jenis kanser yang kebanyakannya dihidapi oleh rakyat Malaysia ialah kanser payudara, usus, paru-paru, limfoma, nasofarinks, leukemia, kelenjar prostat, hati, pangkal rahim (serviks) dan ovari.

Untuk mengetahui lebih lanjut, Tanyalah Hakeem/Hakeema

Kanser hati berlaku apabila terdapat mutasi pada rantaian DNA yang boleh mengakibatkan percambahan sel kanser tanpa kawalan. Sel kanser adalah sel yang hilang keupayaan untuk mengikut Teknologi Fitrah (programming) yang telah ditetapkan bagi kesemua sel disebabkan oleh sistem enjin jasad mengalami kerosakan.

Kegagalan hati berfungsi secara fitrah disebabkan longgokan toksin beracun dalam bentuk bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik yang tersumbat pada dinding hati.

Antara faktor yang menyumbang kepada pembentukan sel kanser ialah jangkitan kronik hepatitis B dan C, sirosis, kencing manis, penyakit hati berlemak bukan berpunca daripada alkohol, toksin beracun (aflatoksin) dan pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan.

Kebanyakan pesakit kanser hati tidak menunjukkan sebarang simptom pada peringkat awal penyakit ini timbul. Namun begitu, simptom-simptom berikut menunjukkan jasad mengalami kanser hati:

  • Penyusutan berat jasad.
  • Kurang selera makan.
  • Sakit pada bahagian abdomen.
  • Loya dan muntah.
  • Lesu dan lemah.
  • Kulit dan mata putih kekuningan (jaundis).
  • Najis berkapur atau berwarna putih.

Risiko kanser hati boleh dikurangkan dengan melakukan pencegahan awal. Berikut merupakan langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan:

  • Elakkan jangkitan hepatitis B dan C. Segera dapatkan rawatan sekiranya jasad terkena jangkitan hepatitis B dan C.
  • Tidak mengambil minuman beralkohol dan berhenti merokok.
  • Kekalkan berat badan ideal.
  • Elakkan pengambilan bijirin yang mengandungi toksin beracun seperti aflatoksin.
  • Segera merawat penyakit yang boleh mencetus kepada kanser hati seperti penyakit sirosis hati.
  • Amalkan minum Lote Tree Honey dan Lote Tree Honey Pearl Garlic.
  • Lakukan Pernafasan Fitrah untuk menghilangkan stres.

Allah Yang Maha Mengetahui (Al-Alim) sentiasa mengetahui apa yang baik dan buruk kepada manusia. Setiap perkara yang dilarang itu pasti ada sebab dan hikmahnya yang terselit. Allah telah melarang hamba-Nya daripada mendekati alkohol. Kajian saintifik telah membuktikan bahawa minuman beralkohol sangat merbahaya bermula dari mulut, esofagus, perut sehinggalah usus dan yang terakhirnya hati. Hati bekerja keras untuk menapis segala toksin dan memecahkan alkohol untuk diserap dalam badan. Akibatnya sel hati menjadi rosak dan boleh mencetuskan penyakit kronik. Selain alkohol, gaya hidup yang tidak mengikut fitrah juga menyumbang kepada kanser hati dan masalah kesihatan yang lain.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar toksin daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung