Artikel : 

Apakah simptom kanser kulit ?

oleh Hakeema Rozainah

Kanser kulit berlaku apabila sel hilang keupayaan untuk mengikut Teknologi Fitrah (programming) dengan bercambah secara tidak normal dan membahagi dengan cepat berbanding sel sihat. Kanser kulit biasanya berlaku apabila selalu terdedah kepada sinaran UV dan bahagian jasad yang terlibat adalah kulit kepala, muka, bibir, leher, dada, lengan, tangan dan kaki. Selain itu kanser kulit juga berlaku pada tapak tangan, bawah kuku dan bahagian kemaluan.

Kegagalan kulit berfungsi secara fitrah disebabkan longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik yang tersumbat pada dinding kulit.

Berikut merupakan simptom kanser kulit:

  • Benjolan berlilin.
  • Luka berwarna coklat yang menyerupai parut.
  • Pendarahan yang sering berulang.
  • Bintik yang kemerahan.
  • Luka bersisik dan permukaan berkeruping.
  • Tompok coklat besar dengan bintik-bintik gelap.
  • Perubahan saiz, warna dan rasa seperti tahi lalat apabila disentuh.
  • Luka yang terasa seperti gatal atau terbakar.
  • Luka berwarna gelap pada bahagian tertentu jasad.

Kebanyakan kanser kulit dapat dicegah. Berikut merupakan beberapa langkah pencegahan:

  • Elakkan terdedah kepada sinaran UV (matahari terik dan tegak di atas kepala).
  • Memakai pelindung matahari.
  • Memakai pakaian perlindungan.
  • Periksa keadaan semasa kulit.
  • Amalkan minum Lote Tree Honey dan Lote Tree Honey Pearl Garlic.
  • Lakukan Pernafasan Fitrah dan tidur secukupnya untuk menghilangkan stres.

Allah Yang Maha Pelindung (Al-Muhaymin) telah menciptakan kulit sebagai organ yang terbesar berfungsi sebagai benteng perlindungan pertama untuk melindungi sistem enjin jasad daripada dimasuki kuman dan bakteria. Adalah penting bagi kita agar sentiasa menjaga dan melindungi amanah Allah ini dengan mengamalkan gaya hidup fitrah dan makan makanan berkhasiat. Kita juga disarankan agar berjemur di bawah cahaya matahari pagi kerana waktu itu paling terbaik untuk mendapatkan sumber vitamin D percuma dan boleh diperolehi dengan mudah. Namun begitu, kita juga harus berwaspada agar tidak berlebih-lebihan agar tidak menjadi mudarat kepada kita.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar toksin daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung