Artikel : 

Apakah simptom kanser pangkal rahim ?

oleh Hakeema Rozainah

Kanser pangkal rahim atau kanser serviks adalah kanser yang berlaku di pangkal rahim iaitu bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Rahim adalah tempat tumbesaran manakala pangkal rahim adalah bahagian sempit yang terletak di bawah rahim. Bahagian ini menyambungkan rahim dengan faraj dan membentuk saluran untuk proses kelahiran.

Simptom kanser pangkal rahim atau serviks adalah seperti berikut:

  • Tompokan darah atau sedikit pendarahan antara tempoh kering haid atau selepas haid.
  • Pendarahan haid berpanjangan dan banyak daripada kebiasaan.
  • Pendarahan selepas putus haid.
  • Sakit semasa melakukan hubungan intim (dispareunia).
  • Pengeluaran cecair daripada faraj secara berlebihan.
  • Kerap terkencing dan sakit ketika kencing.

Pendarahan yang berlaku seperti haid berpanjangan atau keluar darah semasa bukan haid adalah kerana sel-sel kanser yang bercambah pada pangkal rahim mengakibatkan keradangan yang berpanjangan. Ia juga menyebabkan pengeluaran cecair daripada faraj secara berlebihan. Buah pinggang boleh menjadi tersumbat akibat daripada kanser serviks. Perkara ini menyebabkan pembuangan air kecil berasa tidak selesa atau sukar. Anda mungkin akan kerap kencing dan sakit ketika kencing. Sakit semasa melakukan seks berlaku kerana terdapat ketumbuhan abnormal yang terbentuk menyebabkan keradangan dan menyukarkan proses persetubuhan. 

Allah Yang Maha Mengetahui (Al-Alim) sentiasa mengetahui setiap sesuatu yang berlaku. Setiap larangan Allah SWT itu pasti ada sebab dan mudaratnya kepada manusia. Setiap sel pada organ rahim itu sentiasa melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT. Namun, akibat daripada longgokan toksin beracun yang tersumbat yang berpunca daripada manusia ini telah menghalang sel daripada berfungsi secara fitrah dan tercetusnya pelbagai penyakit.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung