Artikel : 

Apakah simptom kanser prostat ?

oleh Hakeema Rozainah

Kanser prostat berlaku disebabkan oleh perubahan pada rantaian DNA normal sel prostat yang hilang keupayaan untuk mengikut Teknologi Fitrah (programming). Perubahan ini mengakibatkan sel bercambah dan membahagi lebih cepat berbanding sel normal. Percambahan berjuta-juta sel tidak normal ini akan mengakibatkan kematian sel normal. Lama-kelamaan longgokan sel tidak normal ini akan membentuk ketumbuhan yang bercambah lalu menyerang tisu berdekatan. Sel tidak normal ini juga boleh terurai dan merebak ke bahagian jasad yang lain.

Kegagalan prostat berfungsi secara fitrah disebabkan longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik yang tersumbat pada dinding kulit.

Kebanyakan kanser prostat diketahui pada peringkat awal semasa pemeriksaan saringan dilakukan dan biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom. Namun, sekiranya keadaan ini menjadi semakin teruk, simptom-simptom berikut akan timbul:

  • Masalah pembuangan air kencing seperti kerap kencing pada waktu malam.
  • Darah dalam air kencing atau air mani.
  • Sukar ereksi.
  • Sakit pada pinggul, belakang, dada dan bahagian lain apabila kanser merebak ke tulang.
  • Kaki dan tapak kaki berasa lemah dan kebas.
  • Hilang kawalan terhadap pergerakan usus dan pundi kencing apabila kanser merebak ke saraf tunjang.

Setakat ini tidak ada cara yang tepat untuk mencegah kanser prostat, tetapi amalan diet yang sihat dapat mengurangkan risiko menghidap kanser prostat. Berikut merupakan beberapa tip yang boleh diamalkan untuk mengurangkan risiko kanser prostat:

  • Banyakkan makan buah tomato, tembikai dan buah-buahan berwarna merah kerana mengandungi sumber antioksidan.
  • Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran hijau dapat memproses bahan karsinogen yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Minum teh hijau dapat mengurangkan risiko kanser prostat.
  • Elakkan mengambil lemak haiwan daripada sumber haiwan, mentega dan keju.
  • Perbanyakkan mengambil minyak zaitun, buah-buahan, sayur-sayuran segar dan sumber kekacang.
  • Berhenti merokok.
  • Kerap bersenam dapat meningkatkan metabolisme dan mengekalkan berat jasad yang ideal.
  • Amalkan minum Lote Tree Honey dan Lote Tree Honey Pearl Garlic.
  • Lakukan Pernafasan Fitrah dan tidur secukupnya untuk menghilangkan stres.
  • Sekiranya mengalami kencing berdarah, segera dapatkan rawatan.

Allah Yang Maha Pencipta (Al-Khaliq) telah menciptakan prostat hanya ada pada lelaki bertujuan untuk membantu menghasilkan cecair dalam air mani yang berfungsi untuk melindungi, menyokong dan membantu menyalurkan air mani untuk melahirkan zuriat. Namun begitu, akibat gaya hidup yang tidak mengikut fitrah telah menyebabkan terjadinya penyakit. Usah berputus asa kerana dengan kembalinya kepada gaya hidup fitrah pasti dapat mengubah dan memulihkan kembali penyakit yang dialami.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar toksin daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung