Artikel : 

Apakah simptom kanser rahim ?

oleh Hakeema Rozainah

Kanser rahim atau ‘uterine cancer’ sering disalah anggap sebagai kanser pangkal rahim sedangkan kanser pangkal rahim adalah nama lain bagi kanser serviks. Kanser rahim adalah ketumbuhan tidak normal yang melibatkan sel pada tisu rahim yang boleh merebak dan mengganggu fungsi organ lain. 

Kira-kira 92% wanita yang menghidap kanser rahim akan mengalami ketumbuhan pada lapisan endometrium dan ini membuatkannya kadang-kala digelar sebagai kanser endometrium. Kanser rahim boleh dikesan awal berdasarkan simptom-simptom tertentu. Malah bagi wanita muda yang berusia dalam lingkungan 30 tahun, rawatan awal mampu meningkatkan kadar kesembuhan dan mengurangkan risiko pembuangan organ rahim. Antara simptom kanser rahim adalah:

  • Perdarahan selepas hubungan intim. 
  • Kerap sakit perut.
  • Pengeluaran cecair daripada faraj secara berlebihan.
  • Sakit semasa melakukan hubungan intim (dispareunia).
  • Masalah pembuangan air kecil
  • Pendarahan selepas menopaus
  • Sakit atau rasa seperti ada ketumbuhan pada bahagian pelvis.
  • Menopaus awal.

Kanser rahim merupakan antara kanser yang mudah dikesan kerana pendarahan yang berlaku selepas menopaus. Pendarahan berlaku disebabkan penipisan lapisan rahim kerana kadar pengeluaran estrogen dan progesteron yang rendah selepas menopaus. Selain itu, pendarahan pada kawasan faraj juga berlaku kerana tisu pada dinding faraj menjadi nipis akibat daripada kadar pengeluaran estrogen yang rendah. Longgokan toksin beracun yang tersumbat pada rahim dalam bentuk darah kotor, ketulan darah, lendir dan sebagainya ini tidak dapat dipam keluar sepenuhnya mengakibatkan ketidakseimbangan hormon. Selain itu, sel juga akan terdedah kepada persekitaran yang mendorong kepada pertumbuhan sel-sel kanser.

Allah Yang Maha Suci (Al-Quddus) sentiasa menjadikan ciptaanNya suci daripada segala kesalahan, kecacatan dan kekurangan. Sistem enjin jasad manusia dijadikan sempurna apabila setiap sel di dalam rahim itu melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT. Namun akibat daripada kesilapan manusia itu telah menyebabkan longgokan toksin yang menghalang sel daripada berfungsi secara fitrah.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung