Artikel : 

Apakah simptom kanser usus ?

oleh Hakeema Rozainah

Kanser usus yang dimaksudkan disini adalah usus besar yang melibatkan kolon dan rektum yang berperanan penting dalam proses membuang najis. Kanser ini biasanya bermula daripada kelompok sel dipanggil polip (unjuran berbentuk jejari) di dalam usus. Dari semasa ke semasa, polip ini akan bertukar kepada sel kanser dan merebak menjadi kanser usus. Kanser terjadi apabila sel normal tidak mengikut fitrahnya asal dalam kitaran hayat sel. DNA dalam sel mengalami mutasi dan tidak mengikut set signal yang normal lalu pertumbuhan sel berlaku tanpa kawalan dan terjadinya sel kanser seperti kanser usus. Antara tanda dan gejala kanser usus adalah:

  • Cirit-birit yang berlanjutan.
  • Kembung perut dan sembelit.
  • Usus berdarah atau najis berdarah.
  • Kesakitan disekitar perut.
  • Rasa keletihan.
  • Penurunan mendadak berat badan tanpa sebab khusus.
  • Najis berwarna gelap atau merah
  • Najis bersaiz kecil atau leper
  • Konsistensi najis yang lembik dan cair
  • Ketidakpuasan membuang air besar
  • Jaundis (mata dan kulit kekuningan)
  • Anemia (kekurangan sel darah merah untuk mengangkut oksigen)
  • Badan berasa lemah
  • Kekejangan di sekitar abdomen
  • Mengalami sesak nafas

Najis berdarah adalah satu tanda sistem percernaan dan sistem perkumuhan bermasalah. Najis berdarah mungkin disebabkan keradangan pada usus disebabkan ulser atau jangkitan kuman atau terdapatnya hemoroid atau buasir pada dubur. Hemoroid adalah keadaan apabila rangkaian vena pada dubur mengembang dan kelihatan berpintal akibat tekanan tinggi yang berterusan di vena rektum inferior akibat buasir. Keradangan pada usus juga menyebabkan kesakitan di sekitar perut. Cirit-birit yang berterusan menyebabkan jasad kehilangan nutrien dan mengakibatkan keletihan. Selain itu, ketumbuhan dalam usus boleh menyebabkan pendarahan dan kehilangan sel darah merah yang sihat dan menyebabkan anemia.

Allah Yang Maha Pemberi Kurnia (Al-Wahab) telah mengurniakan pelbagai tumbuh-tumbuhan bukan sahaja sebagai makanan semata tetapi juga manfaat kepada kesihatan manusia. Untuk mengembalikan perut dan usus kepada fungsi fitrahnya, pesakit kanser perut dan usus boleh mengamalkan diet pemakanan yang sihat seperti sayur-sayuran (bayam, brokoli, daun saderi), buah-buahan (pisang, buah betik), herba (bawang besar, bawang putih) dan probiotik (yogurt). Elakkan mengambil makanan bergoreng dan hasil tenusu yang boleh menyebabkan keradangan pada dinding perut dan usus. Sentiasa berfikiran positif untuk menghindarkan diri daripada rasa stres dan sedih. 

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

 

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung