Artikel : 

Apakah simptom masalah kesuburan ?

oleh Hakeema Rozainah

Dalam sistem peranakan normal wanita, ovulasi akan berlaku setiap bulan kerana setiap bulan wanita akan mengalami menstruasi. Sebelum proses menstruasi, wanita akan mengalami ovulasi terlebih dahulu dimana ovum akan dikeluarkan oleh ovari dan bersedia untuk proses persenyawaan. Ovulasi adalah fasa subur perempuan dimana peluang untuk hamil adalah tinggi. Semua proses ini melibatkan hormon estrogen, progesteron, luteinizing (LH) dan perangsang folikel (FSH). Tanda-tanda masalah kesuburan adalah:

  • Tidak boleh mengandung.
  • Kerap keguguran.
  • Tidak datang haid.
  • Kitar haid tidak seragam.
  • Sakit ketika melakukan hubungan seks.
  • Kekeringan faraj.

Kebanyakan tanda-tanda masalah kesuburan adalah berkaitan dengan kitaran haid. Apabila tidak berlaku ovulasi maka proses persenyawaan tidak berlaku dan jasad tidak akan mengandung. Begitu juga dengan simptom tidak datang haid dan kitar haid tidak seragam adalah kerana masalah kitaran haid yang memerlukan keseimbangan rembesan hormon. Sakit ketika melakukan hubungan seks adalah kerana rahim berada dalam keadaan sakit dan tidak mengikut fitrahnya yang asal. 

Gangguan keseimbangan hormon yang disebabkan oleh longgokan toksin beracun dalam bentuk suplemen atau ubat-ubatan, gaya pemakanan dan gaya hidup tidak sihat serta stres boleh menyebabkan sesuatu proses tidak boleh berlaku kerana ketiadaan atau kekurangan sesuatu hormon tersebut. 

Allah Yang Maha Mendengar (Al-Sami’) sentiasa mendengar dan mengabulkan permintaan hambaNya. Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti menginginkan zuriat. Masalah ketidaksuburan bukanlah pengakhiran. Yakinlah bahawa setiap sel di dalam jasad itu hanya melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah yang diatur oleh Allah SWT. Berikhtiarlah dengan mengamalkan gaya hidup secara fitrah agar setiap organ pembiakan itu mampu benrfungsi secara fitrah.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung