Artikel : 

Apakah simptom menopaus awal ?

oleh Hakeema Rozainah

Kebiasaannya, perempuan normal akan menopaus antara umur 45 hingga 55 tahun.  Menopaus adalah tempoh perubahan di mana wanita tidak lagi mengalami menstruasi selama 12 bulan dan berterusan. Menopaus berlaku kerana ovari tidak lagi menghasilkan ovum (ovulasi) dan menyebabkan hormon estrogen berkurang. Estrogen adalah hormon yang mengawal kitaran reproduktif wanita. Apabila ovulasi tidak berlaku, kitaran haid juga tidak akan berlaku.

Antara tanda menopaus awal ialah:

  • Kitaran haid yang tidak teratur atau tidak datang haid. 
  • Darah haid kurang atau lebih banyak daripada biasa.
  • Berpeluh-peluh.
  • Faraj menjadi kering.
  • Perubahan emosi.
  • Lemah kawalan kencing.
  • Hilang ghairah untuk hubungan intim. 
  • Insomnia.

Simptom berpeluh-peluh berlaku kepada wanita menopaus kerana perubahan paras hormon seperti estrogen dan progesteron yang menjejaskan kawalan suhu jasad. Estrogen yang kurang juga menyebabkan faraj menjadi kering dan senang merengsa. Di samping itu, kadar estrogen yang rendah menyebabkan tisu di sekitar pundi kencing dan uretra menjadi nipis dan lemah menyebabkan kencing tidak dapat dikawal. Simptom lain menopaus seperti nafsu seks semakin menurun atau tidak wujud dan insomnia juga berkaitan dengan kadar hormon yang berkurangan. Menopaus awal juga meningkatkan kadar risiko wanita untuk menghidapi kanser seperti kanser ovari, kanser payudara dan kanser rahim kerana faktor usia.

Allah Yang Maha Perancang (Al-Khaliq) telah merancang penciptaan manusia dengan sebaiknya. Setiap sel di dalam rahim itu melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT. Timbulnya sesuatu penyakit itu adalah kerana manusia itu sendiri yang tidak mengikut gaya hidup secara fitrah.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung