Artikel : 

Apakah simptom obesiti atau kegemukan ?

oleh Hakeema Rozainah

Obesiti adalah keadaan dimana seseorang itu mengalami berat badan berlebihan. Pengumpulan lemak berlebihan dalam jasad akan menjejaskan kesihatan. Individu obesiti mempunyai risiko tinggi untuk mendapat penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi. Obesiti ditentukan oleh pengiraan indeks jisim badan (BMI) yang mengukur berat badan dan ketinggian seseorang. Pengiraan yang melebihi kadar tertentu dikira sebagai berat berlebihan dan seterusnya obesiti.

Antara simptom-simptom obesiti ialah:

  • Susah tidur.
  • Sakit sendi atau belakang.
  • Kerap berpeluh.
  • Tidak tahan panas.
  • Jangkitan pada kulit berlipat.
  • Keletihan.
  • Depresi.
  • Nafas pendek.

Susah tidur juga boleh mendorong kepada obesiti kerana seseorang yang kurang tidur membuatkan selera makan menjadi bertambah. Kurang tidur juga mengakibatkan keletihan. Apabila seseorang itu makan secara berlebihan dan tidak dikawal, ini akan mengundang pelbagai jenis penyakit lain seperti penyakit jantung dan sebagainya. Individu obesiti juga mudah mendapat jangkitan pada kulit berlipat. Ini adalah keadaan dimana kulit mengalami jangkitan bakteria atau yis. Keadaan ini terjadi kerana kelembapan pada kawasan berlipat yang bergeser antara satu sama lain. Individu obesiti lebih kerap berpeluh berbanding individu yang mempunyai berat badan ideal kerana peningkatan kelenjar peluh yang aktif. Obesiti juga boleh menjurus kepada depresi apabila hilang keyakinan diri kerana merasakan rupa fizikal dirinya kurang menarik. Obesiti menyebabkan nafas menjadi pendek kerana otot dada dan abdomen menampung berat badan berlebihan bagi mengawal pernafasan. Sendi atau bahagian belakang juga akan mula berasa sakit kerana jasad memikul beban berat badan yang berlebihan.

Allah Yang Maha Penjaga (Al-Hafiz) telah menciptakan pancreas dan organ lain bekerjasama satu sama lain untuk menjaga jasad manusia daripada kandungan lemak berlebihan yang boleh memudaratkan jasad. Allah SWT juga telah menciptakan insulin yang dirembeskan oleh pankreas untuk memantau dan mengawasi kandungan gula dalam darah. Namun, akibat tabiat manusia yang tidak mengamalkan gaya hidup fitrah telah menyebabkan longgokan toksin yang menghalang sel daripada menjalankan fungsinya lalu mencetuskan penyakit obesiti. Dengan adanya simptom ini, manusia hendaklah lebih berhati-hati dan mengawal diri dan nafsu. Setiap larangan Allah SWT itu pasti ada hikmahnya tersendiri. Makanlah makanan yang sihat dan berkhasiat agar kesihatan kita terpelihara. Namun harus diingat bahawa obesiti juga boleh menyebabkan kegagalan jantung dan jantung berdegup laju yang boleh menyebabkan penyakit lain. Cegah dahulu sebelum terlambat.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung