Artikel : 

Apakah simptom paru-paru berair ?

oleh Hakeema Rozainah

Paru-paru berair terjadi apabila terdapat cecair berlebihan pada paru-paru. Ini terjadi kerana fungsi fitrah jantung untuk mengepam darah ke seluruh jasad tidak berlaku secara efisien menyebabkan pengumpulan lebihan cecair pada paru-paru. Apabila tekanan pada salur darah tinggi, cecair akan ditolak masuk pada ruang udara aveoli paru-paru. Cecair ini mengurangkan pergerakan oksigen masuk melalui paru-paru menyebabkan seseorang itu susah untuk bernafas. 

Antara simptom paru-paru berair ialah:

  • sesak nafas terutamanya apabila melakukan aktiviti fizikal
  • sesak nafas sekiranya baring secara rata
  • nafas berbunyi (wheezing)
  •  batuk yang mengeluarkan kahak yang berbuih dan mungkin mengandungi darah
  • sering bangun daripada tidur kerana sesak nafas
  • kaki bengkak
  • berat badan naik secara mendadak 
  • mudah lesu.

Antara punca paru-paru berair adalah:

  • Jantung lemah.
  • Kegagalan fungsi hati.
  • Kegagalan buah pinggang.
  • Kanser paru-paru.
  • Kanser yang berasal dari organ lain dan merebak ke paru-paru.
  • Kanser pleura.
  • Jangkitan paru-paru.
  • Keradangan pankreas.
  • Penyakit batuk kering (TB).

Secara fitrahnya, organ paru-paru perlu melaksanakan perintah (programming) Allah SWT untuk mengisikan alveoli dengan udara dan bukan cecair. Namun disebabkan longgokan toksin yang menghalang, ini menyebabkan paru-paru berair berlaku.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung