Artikel : 

Apakah simptom penyakit asma?

oleh Hakeema Rozainah

Asma adalah penyakit kronik paru-paru disebabkan oleh keradangan dan bengkak yang menjejaskan saluran pernafasan. Ini mengakibatkan salur pernafasan menjadi sempit dan menyukarkan pergerakan keluar masuk udara oleh paru-paru. Otot dinding saluran pernafasan yang mengalami keradangan akan membengkak lalu mengecilkan lumen atau rongga saluran pernafasan dan menyukarkan pernafasan. Kebiasaannya pesakit asma agak sensitif terhadap bau tertentu kerana ia boleh mencetuskan serangan asma. Pencemaran udara seperti asap rokok, habuk, bakteria, kulat daripada persekitaran yang kotor dan hama daripada haiwan berbulu boleh mencetuskan serangan asma. Setiap pesakit asma tidak semestinya mengalami simptom yang sama sepanjang masa. Simptom yang berlainan mungkin dialami pada waktu tertentu. Antara simptom penyakit asma ialah:

  • sesak nafas.
  • ketat dada.
  • batuk terutamanya pada waktu malam. 
  • bunyi berdehit semasa menghembus nafas.

Pencemaran udara dan persekitaran yang kotor membentuk longgokan toksin beracun yang boleh mengakibatkan keradangan pada saluran pernafasan lalu menyebabkan reaksi alahan seperti penghasilan lendir secara berlebihan yang menyumbatkan saluran pernafasan. Akibatnya paru-paru tidak dapat menyalurkan gas oksigen yang cukup untuk keperluan jasad dan menyingkir keluar gas karbon dioksida yang tidak diperlukan. Longgokan toksin beracun pada saluran pernafasan seperti farinks, larinks, trakea, bronkus dan bronkiol ini perlu dipam keluar daripada sistem enjin jasad untuk mengembalikan keadaan saluran pernafasan yang normal dan bersih agar paru-paru dapat kembali berfungsi secara fitrah.

Allah Yang Maha Mengawasi (Al-Raqib) sentiasa mengawasi hambaNya. Setiap hela udara yang disedut itu adalah di bawah pengawasanNya. Setiap sel pada jasad itu melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT. Namun akibat tabiat manusia yang tidak mengamalkan gaya hidup fitrah telah menyebabkan longgokan toksin yang menghalang sel daripada menjalankan fungsinya lalu mencetuskan penyakit.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

 

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung