Artikel : 

Apakah simptom penyakit gastrik (gastritis) ?

oleh Hakeema Rozainah

Gastrik menandakan sistem enjin jasad tidak lagi berfungsi secara fitrah. Sistem enjin jasad yang berfungsi secara fitrah mempunyai sistem imun yang kuat sebagai benteng pertahanan. Gastrik kebiasaannya adalah berpunca daripada bakteria Helicobacter pylori atau ubat-ubatan antiradang bukan steroid (NSAID) seperti ubat tahan sakit (aspirin). Sebarang patogen atau bendasing yang cuba memasuki jasad akan dihalang dan disingkirkan dengan berbagai mekanisme sistem pertahanan jasad yang melibatkan antibodi atau immunoglobulin yang terdapat pada sel darah putih.  Antara tanda penyakit gastrik adalah:

  • Pedih ulu hati.
  • Masuk angin atau rasa sebu.
  • Sendawa yang kerap.
  • Sakit perut.
  • Senak perut.
  • Hilang selera makan.
  • Loya dan muntah.

Selain bakteria H. pylori yang menjadi penyebab gastrik, gastrik juga berpunca daripada ubat-ubatan anti-radang bukan steroid (NSAID) seperti ubat tahan sakit (aspirin). Pengambilan ubat seperti ini menyebabkan lapisan mukosa perut menipis kerana terhakis daripada lebihan rembesan asid hidroklorik hasil tindak balas daripada ubat tersebut. Sisa-sisa daripada ubat-ubatan ini akan membentuk longgokan toksin beracun dalam sistem enjin jasad. 

Allah Yang Maha Pembentuk (Al-Musawwir) telah mereka bentuk alam termasuk semua makhlukNya dengan cantik sekali. Setiap sel pada organ perut dan sistem gastrousus sentiasa melaksanakan perintah (programming) berdasarkan Teknologi Fitrah ketentuan Allah SWT. Namun kerana manusia itu sendiri yang makan makanan yang tidak sepatutnya termasuk ubat-ubatan kimia berlebihan telah mewujudkan longgokan toksin beracun yang menghalang sel daripada berfungsi secara fitrah.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung