Artikel : 

Apakah simptom penyakit kuning (jaundis) untuk orang dewasa?

oleh Hakeema Rozainah

Jaundis berlaku apabila warna kulit, putih mata dan membran mukus berwarna kekuningan. Warna kuning ini disebabkan oleh kandungan bilirubin iaitu pigmen hempedu berwarna jingga kekuningan yang tinggi dalam sistem enjin jasad. Bilirubin merupakan salah satu produk pemecahan sel darah merah manakala hempedu adalah cecair yang dirembeskan oleh hati. Jaundis mungkin disebabkan oleh masalah yang berlaku semasa tiga fasa penghasilan bilirubin seperti berikut:

  1. Fasa pertama adalah sebelum penghasilan bilirubin. Ia dipanggil penyakit jaundis tak terkawal disebabkan oleh peningkatan bilirubin. Ini kerana berlakunya penyerapan semula sebahagian besar darah beku di bawah permukaan kulit (hematoma). Selain itu, sel darah merah yang dimusnahkan dan disingkirkan daripada aliran darah sebelum jangka hayat normalnya berakhir (hemolytic anemias) juga turut menyumbang kepada penyerapan semula darah beku.
  2. Fasa kedua adalah semasa penghasilan bilirubin. Jaundis disebabkan oleh jangkitan virus kronik termasuk Hepatitis A, Hepatitis B, Hepatitis C dan Epstein-Barr, pengambilan alkohol, penyakit autoimun, kecacatan metabolik genetik yang jarang berlaku, dan ubat-ubatan sintetik (asetaminofen, penisilin, torazin dan steroid).
  3. Fasa ketiga iaitu selepas bilirubin dihasilkan. Jaundis disebabkan oleh penyumbatan salur hempedu oleh batu hempadu, keradangan pundi hempedu, kanser pundi hempedu dan ketumbuhan pankreas.

Antara simptom jaundis yang lazim berlaku adalah:

  1. Warna kulit dan putih mata kekuningan. Warna kekuningan ini menunjukkan penghasilan bilirubin berwarna jingga kekuningan yang berlebihan dalam aliran darah.
  2. Mengalami demam panas yang menunjukkan jasad memerlukan bantuan bila tidak sihat. 
  3. Sakit perut di sekitar bahagian hati. Ia berlaku kerana hati mengalami ketidakselesaan yang disebabkan oleh penghasilan bilirubin yang tinggi atau penyumbatan salur hempedu.
  4. Muntah merupakan simptom yang berlaku pada peringkat awal penyakit. Ia disebabkan oleh permasalahan hati yang menggangu pergerakan normal usus dan proses penghadaman. Masalah ketidakhadaman timbul lalu menyebabkan muntah. 
  5. Air kencing yang dikeluarkan berwarna gelap kerana kandungan bilirubin berlebihan. Ini merupakan petunjuk penting bahawa kandungan bilirubin dalam darah pesakit meningkat secara mendadak.
  6. Hilang selera makan. Kebanyakan penyakit berkaitan dengan perut yang disebabkan oleh pendarahan pada saluran hempedu boleh mencetus kepada masalah seperti lemah proses penghadaman dan pedih ulu hati yang menjadi punca kepada kurang selera makan. 
  7. Penyusutan berat badan secara mendadak disebabkan penghasilan jus hempedu yang semakin berkurang sehingga mengakibatkan usus kecil tidak dapat menyerap nutrien yang mencukupi. 

Sekiranya penyakit jaundis menjadi semakin teruk, terdapat kemungkinan hati tidak lagi berfungsi secara fitrah kerana tiada lagi penyingkiran bilirubin melalui najis. Ini menyebabkan najis menjadi tidak berwarna dan ia merupakan simptom penyakit jaundis yang sangat ketara. 

Allah Yang Maha Penjaga (Al-Hafiz) sentiasa memelihara dan menjaga ciptaanNya. Setiap sel pada jasad itu melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT. Namun akibat tabiat manusia yang tidak mengamalkan gaya hidup fitrah telah menyebabkan longgokan toksin yang menghalang sel daripada menjalankan fungsinya lalu mencetuskan penyakit.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung