Artikel : 

Apakah simptom perut saya sakit ?

oleh Hakeema Rozainah

Sakit perut tidak semestinya petanda hanya bahagian perut yang bermasalah tetapi juga boleh melibatkan organ yang lain. Maka pemeriksaan lanjut diperlukan bagi memastikan organ yang sebenar yang memerlukan perhatian. Sakit perut yang biasanya dialami melibatkan bahagian perut (abdomen). Antara gejala perut sakit adalah:

  • Muntah.
  • Cirit-birit. 
  • Perut kembung. 
  • Sakit perut.
  • Sembelit atau usus tersumbat. 
  • Berak berdarah. 

Bahagian perut yang dimaksudkan adalah dari bahagian bawah rusuk hingga ke bahagian pelvis (pinggul). Antara organ yang terlibat ialah perut, usus kecil, usus besar (kolon), hati, hempedu dan pankreas. Sakit perut pada bahagian tertentu boleh membawa maksud yang tertentu. Sakit di bahagian kanan bawah perut mungkin disebabkan sakit apendiks di mana terdapat keradangan pada apendiks. Sakit di bahagian atas kiri abdomen mungkin disebabkan masalah kolon, perut, limpa, pankreas dan buah pinggang. Jika buah pinggang yang bermasalah mungkin disebabkan oleh batu karang atau jangkitan kuman. Batu karang atau jangkitan kuman ini boleh menyebabkan keradangan pada bahagian buah pinggang lalu menyebabkan rasa sakit. Limpa yang bermasalah akan membesar menandakan ia dijangkiti kuman atau terdapat masalah hati kerana limpa berperanan untuk menapis darah dan menyingkirkan sel darah yang tidak normal. Jika sakit pada bahagian bawah sebelah kiri pula mungkin disebabkan masalah pada hujung usus seperti sembelit atau ketidakhadaman. Selain itu, sakit perut juga boleh disebabkan oleh masalah rahim seperti senggugut, cyst, fibroid dan endometriosis. 

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung