Artikel : 

Apakah simptom radang pankreas ?

oleh Hakeema Rozainah

Secara umumnya, penyakit pankreatitis atau radang pankreas terdiri daripada dua jenis iaitu pankreatitis akut dan pankreatitis kronik. Pankreatitis akut banyak berlaku kepada orang dewasa berbanding kanak-kanak. Penyebab utama pankreatitis akut ialah batu hempedu yang menyebabkan penyumbatan semasa bergerak ke usus kecil. Sekiranya seseorang mengamalkan gaya hidup yang bercanggah dengan fitrah seperti merokok dan minum minuman beralkohol, keadaan akan menjadi semakin teruk sehingga boleh mencetus penyakit pankretitis kronik. Antara simptom pankretitis akut ialah:

  • Demam.
  • Degupan jantung laju.
  • Loya dan muntah.
  • Perut membengkak dan sakit.
  • Sakit pada bahagian atas perut hingga ke belakang.

Pankreatitis kronik merupakan keradangan pankreas yang sentiasa kembali atau berlaku dalam jangka masa yang lama. Mereka yang mengalami pankreatitis kronik mempunyai kerosakan kekal pada bahagian pankreas. Keradangan berpanjangan akan menyebabkan tisu berparut. Pankreatitis kronik boleh merosakkan sel yang menghasilkan insulin seterusnya mengakibatkan penyakit kencing manis. Antara simptom pankreatitis kronik ialah:

  • Selalu sakit pada bahagian atas perut hingga ke belakang.
  • Cirit birit dan berat badan menyusut.
  • Sakit perut dan muntah.

Allah Yang Maha Pemberi Petunjuk (Al-Hadi) sentiasa memberi petunjuk kepada hambaNya dalam apa jua bentuk agar manusia akan lebih berhati-hati dan mampu mendapatkan rawatan awal. Setiap sel pada jasad itu melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT. Namun akibat tabiat manusia yang tidak mengamalkan gaya hidup fitrah telah menyebabkan longgokan toksin yang menghalang sel daripada menjalankan fungsinya lalu mencetuskan penyakit.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

 

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung