Artikel : 

Apakah simptom kanser paru-paru ?

oleh Hakeema Rozainah

Tanda-tanda dan gejala kanser paru-paru pesakit bergantung kepada lokasi dan saiz tumor serta sama ada terdapat kawasan kanser merebak setempat ataupun jauh dari paru-paru. Antara tanda-tanda kanser paru-paru ialah: 

  • Nafas pendek.
  • Nafas berbunyi (wheezing).
  • Batuk yang tidak surut malah bertambah buruk.
  • Batuk berdarah atau berkahak yang berwarna perang.
  • Sakit dada dan lebih sakit apabila menarik nafas panjang.
  • Suara serak.
  • Hilang selera makan dan badan susut.

Seseorang itu mengalami nafas pendek kerana jasad tidak mendapat gas oksigen yang cukup untuk diproses oleh paru-paru untuk dibekalkan kepada jasad.

Apabila berlaku keradangan pada tekak atau salur pernafasan, ia akan menyebabkan terjadinya ketumbuhan yang menghalang pernafasan lalu menghasilkan nafas yang berbunyi. Batuk terjadi akibat dari reaksi jasad untuk mengeluarkan bendasing daripada saluran pernafasan.

Namun begitu, ketumbuhan yang menghalang pernafasan ini tidak dapat dikeluarkan melalui batuk malah ketumbuhan yang semakin membesar menyebabkan batuk semakin teruk. Batuk berdarah akan terjadi apabila ketumbuhan telah merebak ke bahagian lain lalu menyebabkan pendarahan. Sakit dada pula adalah reaksi jasad yang merasa sakit kerana ketumbuhan di dalam jasad. 

Allah Yang Maha Terpuji (Al-Hamid) telah menciptakan sesuatu itu dengan baik termasuklah organ paru-paru. Kebijaksanaan Allah dalam mencipta paru-paru seperti span yang berteknologi tinggi untuk menyerap udara yang bersih dan berkualiti. Namun kerana gaya hidup manusia itu sendiri yang suka merokok, membakar sampah dan sebagainya telah menyebabkan udara tercemar. Kotoran-kotoran ini menyebabkan longgokan toksin beracun yang menjejaskan fitrah asal sel-sel yang normal lalu mengakibatkan sel-sel bercambah tanpa kawalan dan mencetuskan kanser paru-paru.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung