Artikel : 

Apakah simptom ulser perut ?

oleh Hakeema Rozainah

Ulser perut atau dikenali juga sebagai ulser peptik berlaku apabila terdapat luka di bahagian dinding perut dan bahagian permulaan usus kecil dikenali sebagai duodenum. 

Secara fitrahnya, perut mengeluarkan asid yang dipanggil asid hidroklorik untuk menghancurkan makanan dan dinding perut pula mempunyai lapisan mukosa sebagai lapisan perlindungan daripada dihakis oleh asid hidroklorik. Apabila asid hidroklorik dan dinding perut tidak lagi berada dalam keadaan fitrah iaitu asid hidroklorik dirembeskan secara berlebihan dan lapisan mukosa pada dinding perut rosak atau menjadi nipis kerana penggunaan ubat-ubatan, ia telah mengakibatkan luka pada dinding perut yang dikenali sebagai ulser perut.

Tanda atau simptom ulser perut ialah:

  • Pedih atau sakit di kawasan ulu hati.
  • Kembung perut.
  • Hilang selera makan.
  • Mudah berasa kenyang.
  • Loya, muntah atau muntah darah. 
  • Najis berwarna hitam.

Ulser perut kebiasaanya disertai dengan keradangan pada perut lalu mengakibatkan rasa pedih atau sakit di kawasan ulu hati, kembung perut dan hilang selera makan. Najis yang berwarna hitam pula terhasil daripada warna darah akibat daripada ulser tersebut. Longgokan toksin beracun yang terkumpul dalam sistem enjin jasad khususnya bahagian perut mengakibatkan penipisan lapisan perut lalu menyebabkan ulser perut.

Allah Yang Maha Pemberi Kecukupan (Al-Muqit) sentiasa memberi kecukupan kepada manusia. Asid hidroklorik yang dirembeskan seharusnya sentiasa cukup dalam mencernakan makanan yang ditelan. Namun, akibat daripada nafsu manusia itu sendiri yang gemar makan pedas dan berlebihan telah mengakibatkan rembesan secara berlebihan dan mendatangkan penyakit.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

 

 

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung