Artikel : 

Apakah simptom utama sakit buah pinggang ?

oleh Hakeema Rozainah

Sakit buah pinggang biasanya berlaku pada bahagian kiri atau kanan, atau kedua-dua belah buah pinggang. Keadaan akan menjadi semakin teruk jika seseorang menyentuh kawasan tersebut.  Kebiasaannya hanya sebelah buah pinggang yang akan terkesan dan kesakitan akan dirasai pada sebelah bahagian belakang. Sekiranya kedua-dua buah pinggang terkesan, kesakitan akan dirasai pada kedua-dua belah buah pinggang.

Seseorang yang mengalami sakit buah pinggang akan mengalami simptom seperti: 

  • Kencing berdarah.
  • Demam sehingga menggigil.
  • Kerap membuang air kecil.
  • Loya dan muntah.
  • Sakit di sekitar pangkal paha.
  • Merasa pedih semasa membuang air kecil.
  • Kekejangan otot.

Darah dalam air kencing juga dikenali sebagai hematuria. Ini menunjukkan sel darah merah telah meresap masuk ke dalam air kencing. Air kencing yang normal tidak mengandungi sel darah merah kerana penapis pada buah pinggang menghalang darah daripada meresap masuk kembali. Namun begitu, darah boleh meresap masuk ke dalam air kencing apabila penapis pada buah pinggang atau bahagian saluran kencing yang lain seperti buah pinggang, ureter dan pundi kencing yang berfungsi bersama untuk mengepam keluar longgokan toksin beracun mengalami kerosakan.

Buah pinggang yang mempunyai kerosakan yang teruk menyebabkan longgokan toksin beracun berkumpul di dalam darah. Ini menyebabkan seseorang berasa letih, lemah, hilang fokus dan tidak dapat tidur. Lama kelamaan ia boleh menyebabkan loya dan muntah. 

Secara fitrahnya, buah pinggang yang sihat mampu mengepam keluar longgokan toksin beracun dan cecair berlebihan serta mengekalkan keseimbangan kuantiti mineral yang betul dalam darah. Apabila buah pinggang tidak dapat mengekalkan keseimbangan mineral dan nutrien dalam jasad, gejala kulit kering dan gatal akan tercetus.

Pesakit buah pinggang kebiasaannya akan kerap mempunyai rasa ingin membuang air kecil terutamanya pada waktu malam. Ini disebabkan oleh keadaan buah pinggang yang telah rosak. 

Air kencing yang berbuih menunjukkan terdapat protein di dalamya. Protein di dalam air kencing menunjukkan petanda awal penapis buah pinggang mengalami kerosakan sehingga menyebabkan protein boleh memasuki air kencing.

Kekejangan otot berlaku disebabkan oleh buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik. Kuantiti elektrolit yang tidak seimbang mengakibatkan paras kalsium rendah dan tidak dapat mengawal paras fosfat seterusnya menyebabkan otot menjadi kejang.

Allah Yang Maha Memberi Kekuatan dan Kecukupan (Al-Muqit) sentiasa mencukupkan manusia dengan dua organ buah pinggang yang berfungsi menapis segalanya di dalam jasad. Setiap sel pada jasad itu melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT. Namun akibat tabiat manusia yang tidak mengamalkan gaya hidup fitrah telah menyebabkan longgokan toksin yang menghalang sel daripada menjalankan fungsinya lalu mencetuskan penyakit.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung