Artikel : 

Apakah tip untuk mengelak daripada sakit perut ?

oleh Hakeema Rozainah

Pengambilan air dengan cukup amatlah penting kepada sistem enjin jasad untuk berfungsi secara fitrah dengan melancarkan proses pencernaan. Elakkan daripada terlebih makan kerana makan secara berlebihan menyebabkan perut merembeskan asid hidroklorik secara berlebihan lalu mengakibatkan ketidakselesaan perut. Pengambilan minuman berkarbonat mengakibatkan peningkatan gas dalam salur pemakanan dalam salur pemakanan menyebabkan kembung perut, rasa kenyang yang tidak selesa dan loya. Pengambilan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran amatlah disarankan serat dapat melancarkan pergerakan usus dan sistem perkumuhan.

Tip untuk mengatasi sakit perut dengan berendam air panas dalam tab mandi atau meletakkan beg air panas pada bahagian abdomen dapat melancarkan perjalanan darah kerana salur darah mengembang khususnya tempat sasaran pada bahagian pelvis dan melegakan kesakitan. Elakkan meminum kopi, teh dan alkohol kerana ianya meningkatkan kandungan asid dalam perut dan seterusnya lebihan asid akan dirembeskan dan seterusnya menyebabkan ketidakselesaan. Begitu juga dengan pengambilan makanan pedas dan berasid perlu dielakkan supaya perut tidak sakit.

Allah Yang Maha Pemberi Penunjuk (Al-Hadi) sentiasa memberi petunjuk kepada hambaNya akan kepentingan dalam menjaga diri dengan kebersihan dan makan makanan tertentu dalam mencegah atau mengatasi segala masalah dan sakit. Kasihnya Allah SWT kerana sentiasa memberi peringatan kepada hambaNya agar kita semua sentiasa sihat walafiat dan tidak menzalimi diri sendiri.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung