Artikel : 

Bagaimana cara mencegah kanser ?

oleh Hakeema Rozainah

Berikut merupakan langkah-langkah pencegahan awal yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko menghidap kanser:

  • Berhenti merokok.

Rokok mengandungi tembakau yang terdiri daripada pelbagai jenis bahan kimia karsinogen yang boleh mengakibatkan pembentukan sel kanser. Tabiat merokok boleh mencetus kepada pelbagai jenis kanser seperti kanser paru-paru, mulut, kerongkong, larinks, pankreas, pundi kencing, serviks dan buah pinggang. Selain itu, sekiranya jasad seseorang yang tidak merokok kerap terdedah kepada asap rokok, ia juga boleh meningkatkan risiko kanser paru-paru.  

  • Amalkan diet seimbang dan makanan sihat.

Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar dapat mengurangkan risiko kanser kerana terdapat pelbagai kandungan vitamin dan mineral di dalamnya. Amalkan pengambilan Lote Tree Honey dan Lote Tree Honey Pearl Garlic yang mengandungi kesan perlindungan seperti antibakteria, antikanser, antiradang, antioksidan dan berpotensi menjadi agen terapi. Selain itu, elakkan mengambil minuman beralkohol kerana ini boleh mencetus kepada kanser payudara, kolon, paru-paru, buah pinggang dan hati. Daging yang telah diproses juga harus dielakkan kerana boleh menyumbang kepada pelbagai jenis kanser.

  • Kekalkan berat jasad yang ideal dan kekal aktif.

Mengekalkan berat jasad yang ideal dapat mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser seperti kanser payudara, prostat, paru-paru, kolon dan buah pinggang. Seseorang yang kerap melakukan aktiviti fizikal juga dapat mengawal berat jasad.

  • Lindungi diri daripada cahaya matahari terik dan tegak di atas kepala.

Kanser kulit merupakan salah satu kanser yang dapat dicegah. Berjemur matahari pada waktu pagi adalah sangat digalakkan. Namun, berada di bawah matahari pada jam 10 pagi sehingga 4 petang, terutamanya matahari terik dan tegak di atas kepala boleh mencetus kepada kanser kulit. Oleh itu, elakkan berada di bawah matahari pada waktu tersebut. Sekiranya seseorang berada diluar rumah, pastikan sentiasa berlindung daripada matahari dan sentiasa memakai kaca mata hitam.

  • Elakkan berada di kawasan udara tercemar.

Menghirup udara tercemar boleh menembusi sistem pernafasan dan peredaran darah lalu merosakkan paru-paru, jantung, otak dan mengakibatkan kanser. Oleh itu, elakkan berada di kawasan yang mempunyai udara tercemar. Banyakkan menghirup udara segar di kawasan yang mempunyai udara bersih.

  • Amalkan minum Lote Tree Honey dan Lote Tree Honey Pearl Garlic.

Kajian menunjukkan madu mempunyai sebatian fitokimia yang kaya dengan kandungan fenolik dan flavonoid yang boleh menyumbang kepada aktiviti antioksidan, antiradang, antibakteria, antivirus, antikanser, vaksin semula jadi dan meningkatkan sistem imun jasad.

  • Lakukan Pernafasan Fitrah untuk menghilangkan stres.

Pernafasan Fitrah dapat meningkatkan bekalan oksigen disalurkan ke otak dan merangsang sistem saraf parasimpatetik untuk menghasilkan ketenangan. Teknik pernafasan ini juga dapat mengurangkan kebimbangan dan menenangkan minda seseorang.

  • Lakukan

Grounding atau pembumian adalah aktiviti yang dapat menghubungkan jasad dengan tenaga penyembuhan semula jadi bumi. Grounding dapat mengurangkan keradangan, kesakitan dan stres. Selain itu, aktiviti ini dapat melancarkan peredaran darah, jasad menjadi lebih cergas dan menjadikan tidur lebih berkualiti. 

Sesungguhnya, Allah Yang Maha Pemberi Petunjuk (Al-Hadi) sentiasa memberi petunjuk kepada hamba-hamba-Nya melalui al-Quran, hadis dan sunnah nabi yang terselit beribu hikmah kebaikan kepada sistem jasad manusia. Ini adalah kerana setiap yang disarankan itu adalah selari dengan gaya hidup fitrah manusia. Apabila kita kembali kepada fitrah, setiap sel di dalam jasad kita akan melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar toksin daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung