Makanan berat berkalori tinggi, produk tenusu, jeruk, air tercemar dan jus berwarna gelap tidak digalakkan kerana boleh membebankan buah pinggang dan meningkatkan risiko mendapat batu karang. Ibnu Sina mengkategorikan bahan berpantang bagi pesakit buah pinggang kepada 9 kategori iaitu:
- Produk tenusu (semua jenis susu haiwan dan keju).
- Daging (semua jenis daging termasuk ayam, lembu, kambing, unta dan ikan).
- Bijirin dan kanji (produk roti).
- Gula (semua jenis gula khususnya sirap molases).
- Buah-buahan (kranberi, prun dan plum serta buah masam kerana belum masak seperti epal dan pic muda yang menghasilkan bendalir kahak).
- Sayur-sayuran (ubi bit, bayam).
- Minuman (air tercemar, minuman atau jus berwarna gelap).
- Lauk (sebarang sup bubur pekat yang mengandungi gandum atau daging).
- Manisan (kek, biskut dan puding yang mengandungi gula berlebihan).
Mereka yang mengalami masalah buah pinggang dan batu karang digalakkan untuk mengambil:
- Daun parsli.
- Saderi dan biji saderi.
- Lobak merah.
- Badam.
- Madu.
- Safron.
- Halia.
- Lengkuas.
Mereka juga digalakkan melakukan aktiviti fizikal seperti:
- Gimnastik.
- Urutan.
- Hidroterapi.
- Menunggang kuda.
- Menaiki tangga.
Aktiviti seperti ini dipercayai dapat membantu mengeluarkan kerikil dan batu karang yang kecil. Selain itu juga, Ibnu Sina menyarankan bahawa mandi dengan air bersulfur dapat menembusi lapisan kulit dan membantu merawat batu karang. Allah Yang Maha Bijaksana (Al-Hakim) telah memberikan ilham kepada manusia agar memanfaatkan segala ciptaan Allah SWT di atas muka bumi ini. Segala kejadian haiwan dan tumbuhan pasti ada tujuan dan manfaatnya kepada kita.
Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).
Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut