Artikel : 

Bagaimanakah cara untuk mencegah kanser payudara ?

oleh Hakeema Rozainah

Kanser payudara boleh berlaku kepada lelaki dan wanita. Namun, golongan wanita lebih mudah terkena kanser payudara kerana wanita lebih beremosi dan cenderung menjadi stres. Stres boleh mengakibatkan penghasilan hormon kortisol berlebihan yang boleh mengurangkan keupayaan sel pembunuh semula jadi memusnahkan sel kanser. Sel kanser timbul apabila sel payudara mula bercambah secara tidak normal tidak mengikut Teknologi Fitrah (programming). Sel kanser ini membahagi dengan cepat berbanding sel sihat dan lama-kelamaan berkumpul membentuk ketulan. Sel kanser ini mula bercambah pada bahagian payudara sehinggalah merebak ke nodus limfa dan bahagian jasad yang lain.

Kegagalan payudara berfungsi secara fitrah disebabkan longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik yang tersumbat pada dinding payudara.

Kegatalan pada payudara atau puting adalah disebabkan oleh masalah kulit yang dipanggil ekzema iaitu keradangan kulit. Keadaan ini bertambah membimbangkan apabila terdapat lelehan yang keluar daripada puting dan ini menunjukkan simptom kanser payudara.

Berikut merupakan simptom kanser payudara:

  • Ketulan di sekitar payudara.
  • Perubahan saiz, bentuk dan rupa payudara.
  • Perubahan pada kulit di sekitar payudara.
  • Puting payudara masuk ke dalam.
  • Kulit menggelupas, bersisik dan berkerak di sekeliling puting.
  • Kulit kemerahan dan berlubang di sekitar payudara menyerupai kulit oren.
  • Terdapat cecair dan darah meleleh keluar melalui puting.
  • Nodus limfa membengkak.
  • Kegatalan puting.
  • Payudara membengkak dan lembut.

Kanser payudara perlulah dicegah daripada awal lagi. Berikut merupakan beberapa perubahan yang perlu dilakukan untuk mengurangkan risiko kanser payudara:

  • Lakukan saringan pemeriksaan.
  • Lakukan pemeriksaan kendiri sebagai langkah berjaga-jaga.
  • Elakkan pengambilan minuman beralkohol.
  • Sentiasa lakukan senaman untuk kekal aktif.
  • Kekalkan berat jasad yang ideal.
  • Amalkan pengambilan diet seimbang.
  • Amalkan minum Lote Tree Honey dan Lote Tree Honey Pearl Garlic.
  • Lakukan Pernafasan Fitrah dan tidur secukupnya untuk menghilangkan stres.

Allah Yang Maha Pemberi Manfaat (Al-Nafi’) menciptakan setiap wanita di dunia ini memiliki payudara yang mampu mengeluarkan susu dan memberi zat serta nutrien kepada bayi-bayi mereka. Meskipun setengah wanita diuji dengan kanser payudara dan masalah lain yang berkaitan denganya, yakinlah bahawa Allah sentiasa mengilhamkan kita agar memanfaatkan sumber semula jadi seperti madu, kunyit dan sebagai penawar setiap penyakit. Begitu kasihnya Allah SWT pada hamba-Nya.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar toksin daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung