Hati berfungsi mengawal atur kebanyakan bahan kimia yang terdapat dalam darah dan merembeskan cecair hempedu yang membantu membawa keluar toksin beracun daripada hati. Darah yang keluar daripada perut dan usus akan memasuki hati untuk diproses, dipecahkan, diseimbangkan, dijadikan nutrien dan menukar bahan kimia menjadi tidak toksik untuk kegunaan di seluruh sistem enjin jasad. Sebanyak 500 fungsi penting telah dikenalpasti termasuklah:
- Penghasilan hempedu yang membawa keluar toksin beracun dan memecahkan lemak pada bahagian usus semasa proses penghadaman.
- Penghasilan protein untuk plasma darah.
- Penghasilan kolesterol dan protein yang membantu membawa lemak ke seluruh sistem enjin jasad.
- Penukaran glukosa berlebihan kepada glikogen untuk penyimpanan dan kestabilan.
- Mengawal paras asid amino dalam darah yang membentuk protein.
- Memproses hemoglobin (sel darah merah) untuk menggunakan ion ferum.
- Menukarkan amonia berbahaya kepada urea.
- Menyingkirkan bahan kimia dan bahan beracun.
- Mengawal pembekuan darah.
- Melawan jangkitan dan menyingkirkan bakteria daripada aliran darah.
- Menyingkirkan bilirubin daripada sel darah merah. Pengumpulan bilirubin akan mengakibatkan mata putih dan kulit berwarna kekuningan.
Apabila hati memecahkan bahan yang berbahaya, longgokan toksin beracun dipam keluar daripada sistem enjin jasad melalui cecair hempedu atau darah. Toksin beracun dalam cecair hempedu memasuki usus dan meninggalkan sistem enjin jasad dalam bentuk pembuangan najis, manakala toksin beracun dalam darah akan ditapis oleh buah pinggang dan dipam keluar dalam bentuk air kencing. Allah Yang Maha Melindungi (Al-Waliy) telah memelihara jasad kita daripada bahaya dengan menciptakan organ hati yang berfungsi sebagai organ penapis terbesar dalam jasad.
Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).
Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut