Artikel : 

Bagaimanakah kanser pankreas berlaku ?

oleh Hakeema Rozainah

Kanser pankreas biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom sehinggalah ia mencapai tahap kritikal. Apabila kanser semakin membesar, simptom yang ditunjukkan adalah seperti berikut:

  • Hilang selera makan.
  • Berat badan turun mendadak.
  • Sakit perut atau bahagian bawah belakang.
  • Darah membeku.
  • Jaundis (kulit dan mata putih kekuningan).
  • Depresi.

Sekiranya kanser merebak, ia akan menekan saraf dan organ lain sehingga menyebabkan kesakitan. Penyumbatan dalam saluran penghadaman juga boleh mengakibatkan kesakitan. Pesakit kanser pankreas akan merasai kesakitan pada bahagian perut dan belakang jasad.

Selain itu, kanser pankreas juga boleh mengakibatkan seseorang kehilangan selera makan sehingga berat badan turun secara mendadak. Sesetengah kanser pankreas menghasilkan hormon yang membuatkan jasad sukar menerima nutrien daripada makanan. 

Seseorang yang menghidap kanser pankreas akan kerap berasa sangat dahaga dan lapar dan ia merupakan petanda kepada penyakit kencing manis. Kencing manis berlaku apabila sel kanser memusnahkan sel yang menghasilkan insulin pada pankreas. 

Selain itu juga, pesakit kanser pankreas akan mengeluarkan air kencing berwarna gelap. Cecair hempedu berwarna kuning coklat yang dirembes oleh hati membantu jasad menghadam makanan. Cecair hempedu yang disimpan di dalam pundi hempedu akan bergerak ke usus untuk dipam keluar daripada jasad sebagai najis. Tetapi, sekiranya salur hempedu tersumbat oleh tumor atau sel kanser, bilirubin tidak dapat dipam keluar daripada jasad dan ini akan mengakibatkan longgokan bilirubin dalam sistem enjin jasad. Kandungan bilirubin yang terlalu banyak dalam jasad akan memasuki air kencing dan mengakibatkannya menjadi berwarna coklat.  

Penyumbatan pada salur hempedu menyebabkan hempedu tersekat di dalam pundi kencing, seterusnya mengakibatkan pundi kencing membesar berbanding kebiasaannya. 

Tambahan lagi, bengkak, kemerahan dan sakit kaki merupakan petanda berlakunya pembekuan darah dalam salur darah pada kaki. Darah beku yang pecah dan bergerak ke paru-paru boleh mengakibatkan penyumbatan pada paru-paru sehingga menyebabkan seseorang kekurangan nafas.

Jasad menjadi lemah, keliru, berpeluh dan berdegup laju menunjukkan terdapat tumor atau sel kanser yang menghasilkan insulin secara berlebihan. Terlalu banyak insulin boleh merendahkan paras gula dalam darah. Seseorang boleh pengsan atau koma sekiranya paras gula dalam darah terlalu rendah.

Allah Yang Maha Penjaga (Al-Hafiz) telah menciptakan pankreas untuk menjaga jasad manusia dari kandungan lemak berlebihan yang boleh memudaratkan jasad. Setiap sel pada jasad itu melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT. Namun akibat tabiat manusia yang tidak mengamalkan gaya hidup fitrah telah menyebabkan longgokan toksin yang menghalang sel daripada menjalankan fungsinya lalu mencetuskan penyakit. 

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

 

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung