Artikel : 

Bagaimanakah kencing berdarah berlaku ?

oleh Hakeema Rozainah

Hematuria merupakan penyakit yang disebabkan oleh kegagalan buah pinggang atau bahagian salur pundi kencing berfungsi secara fitrah sehingga kebocoran berlaku menyebabkan sel darah merah memasuki air kencing. Hematuria terbahagi kepada dua iaitu hematuria teruk dan hematuria mikroskopik. Hematuria teruk menunjukkan terdapat darah dalam air kencing sehingga menyebabkan air kencing berwarna merah jambu, merah cerah dan merah gelap. Sementara itu, hematuria mikroskopik hanya dapat dikesan darahnya apabila dilihat di bawah mikroskop. Antara penyebab hematuria ialah: 

  • Jangkitan salur kencing (urinary tract infection)
  • Jangkitan buah pinggang (pyelonephritis)
  • Pembentukan batu karang pada buah pinggang dan pundi kencing
  • Pembesaran prostat
  • Penyakit buah pinggang
  • Kanser

Berikut merupakan golongan yang mudah menghidap penyakit kencing berdarah:

  • Mempunyai prostat yang besar.
  • Mempunyai batu karang.
  • Mengambil ubat-ubatan seperti aspirin, antibiotik dan pencair darah.
  • Melakukan senaman berat.
  • Terkena jangkitan kuman dan virus.
  • Terdapat ahli keluarga mempunyai penyakit buah pinggang.
  • Mempunyai organ bermasalah.

Allah Yang Maha Pemberi Petunjuk (Al-Hadi) sentiasa memberi petunjuk kepada hambaNya dalam apa jua bentuk hatta melalui air kencing. Dengan adanya petunjuk ini, manusia akan lebih berhati-hati dan mengawal diri. Setiap sel pada jasad itu melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT. Namun akibat tabiat manusia yang tidak mengamalkan gaya hidup fitrah telah menyebabkan longgokan toksin yang menghalang sel daripada menjalankan fungsinya lalu mencetuskan penyakit.

Namun harus diingat bahawa kencing berdarah juga boleh menjadi petanda lain. Bagi penghijrah yang sedang melakukan rawatan Overhaul Body, sila rujuk coach mengenai simptom kencing berdarah yang dialami.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

  • Bolenz, C., Schröppel, B., Eisenhardt, A., Schmitz-Dräger, B.J. and Grimm, M.O., 2018. The investigation of hematuria. Deutsches Ärzteblatt International, 115(48), 801.
Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung