Artikel : 

Bagaimanakah pankreas berfungsi ?

oleh Hakeema Rozainah

Sel eksokrin menghasilkan jus pencernaan kira-kira 1.5 hingga 2 liter sehari. Jus pencernaan merupakan cecair tidak berwarna kerana sebahagian besarnya terdiri daripada air termasuk garam, natrium bikarbonat dan enzim seperti lipase, protease dan amilase. Enzim lipase membantu dalam memecahkan lemak, manakala enzim protease untuk memecahkan protein dan enzim amilase untuk memecahkan karbohidrat. 

Jus pankreas yang dihasilkan oleh pankreas mengalir masuk ke dalam usus kecil melalui salur pankreas. Salur ini disambungkan dengan salur daripada pundi hempedu sebelum bersambung dengan usus kecil. Rembesan jus pencernaan ke dalam usus kecil adalah dikawal oleh otot pankreas.

Jika terdapat keradangan pada salur pankreas, jus pankreas akan berkumpul di dalam pankreas sehingga menyebabkan kerosakan pada pankreas. Pankreas akan mencernakan dirinya sendiri.

Bagaimanakah sel endokrin pankreas berfungsi?

Sekumpulan sel endokrin yang menghasilkan insulin dan glukagon dipanggil sel Langerhans. Kedua-dua hormon ini dirembes terus ke dalam salur untuk mengawal atur paras gula dalam darah dan mencegahnya daripada menjadi terlalu rendah atau tinggi.

Apabila paras gula dalam darah meningkat terutamanya selepas makan, sel Langerhans akan merembeskan insulin supaya membantu penyerapan gula daripada aliran darah masuk ke dalam sel-sel sistem enjin jasad. Selain itu, insulin juga membenarkan hati dan otot menyimpan gula serta mengawal hati daripada menghasilkan lebih banyak gula. Ini dapat membantu merendahkan kandungan gula dalam darah seseorang.

Apabila paras gula dalam darah terlalu rendah, pankreas akan merembeskan glukagon ke dalam aliran darah. Hormon ini meningkatkan paras gula dalam darah dan menyebabkan hati membebaskan gula simpanan. Ia juga memastikan protein dalam hati ditukar kepada gula seterusnya digunakan sebagai tenaga. Sekiranya paras gula dalam darah meningkat, rembesan glukagon akan dihentikan.

Allah Yang Maha Mengatur (Al-Bari) telah merancang dan mengatur kejadian manusia dengan sebaik-baiknya. Dijadikan setiap organ itu saling berkaitan agar sistem enjin jasad dapat berfungsi dengan efisien. Kebijaksanaan Allah SWT dalam memastikan kandungan gula sentiasa terkawal dan stabil dalam jasad adalah dari hasil kerjasama organ-organ tertentu dalam mengimbangi, mengawal dan menstabilkan persekitaran dalam jasad agar sel-sel dapat terus hidup dan berfungsi secara fitrah.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

 

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung