Artikel : 

Bagaimanakah paru-paru berfungsi ?

oleh Hakeema Rozainah

Paru-paru adalah sepasang organ yang terletak di belakang tulang rusuk dan berada di atas diafragma. Paru-paru memainkan peranan penting dalam sistem pernafasan. Paru-paru bertekstur seperti span yang terdiri daripada sekumpulan tisu kantung-kantung udara dipanggil alveoli. Selain dari paru-paru sebagai organ utama, sistem pernafasan juga melibatkan bahagian lain seperti:

  • mulut
  • hidung dan rongga hidung
  • larinks
  • trakea atau paip angin
  • bronkus 
  • bronkiol

Antara fungsi sistem pernafasan ialah:

  • Membekalkan gas oksigen kepada seluruh sistem enjin jasad.
  • Menyingkirkan gas karbon dioksida daripada sistem enjin jasad.
  • Pertukaran gas oksigen antara darah dan persekitaran luar.
  • Menyalurkan udara untuk sampai kepada paru-paru
  • Menghapuskan kuman seperti bakteria dan virus serta lendir berwarna putih, kuning atau hijau.

Apabila udara dihirup, ia akan memasuki ke dalam paru-paru. Gas oksigen dalam paru-paru meresap masuk ke dalam darah. Dalam masa yang sama, gas karbon dioksida sebagai sisa metabolisme sel akan dikeluarkan daripada darah memasuki paru-paru dan dihembus keluar daripada sistem enjin jasad. Proses ini dipanggil sebagai pertukaran gas dan merupakan satu keperluan untuk hidup.

Semasa udara masuk ke dalam jasad melalu hidung dan mulut, udara akan dilembapkan dan dipadankan dengan suhu badan memandangkan udara yang dihirup daripada luar adalah sejuk dan kering yang boleh mengganggu paru-paru. Udara kemudian memasuki larinks dan trakea kemudian menuju kepada bronkus dan bronkiol seterusnya ke kantung-kantung udara yang dikenali sebagai alveoli untuk melakukan pertukaran gas.

Allah Yang Maha Pemurah (Al-Rahman) telah menciptakan udara yang bebas untuk semua hamba-hambaNya tanpa mengira agama dan bangsa agar boleh bernafas dan hidup. Seperti yang dinyatakan di dalam ayat al-Quran di dalam surah ar-Rahman yang disebut sebanyak 31 kali bermaksud: “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”. Gas oksigen dan paru-paru adalah anugerah Allah SWT yang patuh melaksanakan perintahNya (programming) berdasarkan Teknologi Fitrah. dalam keadaan kita sedar mahupun sedang tidur. Timbulnya penyakit pada paru-paru itu adalah kerana terhalang dengan longgokan toksin beracun dalam sel akibat kecuaian manusia itu sendiri.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung