Soalan Tanya Hakeema

Apakah itu depresi/anxiety ? Apakah simptom depresi/anxiety ?

Apakah itu depresi/anxiety ? Apakah simptom depresi/anxiety ?

Depresi adalah gangguan kesihatan mental yang melibatkan emosi negatif, suka menyendiri dan kehilangan minat melakukan aktiviti yang diminati sebelum ini. Anxiety merupakan reaksi tindak balas jasad terhadap stres. Anxiety adalah perasaan tidak senang, takut atau risau yang melampau. Kebanyakan orang mengalami kerisauan pada waktu tertentu. Namun, kerisauan yang berpanjangan akan mendorong kepada anxiety. Depresi /anxiety menunjukkan terdapat kegagalan jiwa dalam mengendalikan stres. Gaya hidup tidak sihat dalam bentuk stres, asap rokok, pengambilan gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik menyebabkan longgokan toksin beracun tersumbat pada sistem enjin jasad lalu mempercepatkan kematian sel dan menghalang percambahan sel baharu, seterusnya mengakibatkan ketidakseimbangan hormon. Hormon yang tidak seimbang ini menjadikan jiwa lemah lalu mengakibatkan seseorang depresi/anxiety.

Ketahui lebih lanjut →

Bagaimanakah hati berfungsi?

Bagaimanakah hati berfungsi ?

Secara fitrahnya, hati berfungsi menjalankan 500 fungsi penting termasuklah membersihkan darah kotor dan meneutralkan toksin dalam jasad. Hati membantu jasad mengekalkan kesihatan fitrah darah daripada longgokan toksin beracun. Hati memilih, memproses, menyimpan dan mendetoksifikasi darah kotor sebelum disalurkan ke seluruh jasad.

Ketahui lebih lanjut →

Bagaimana jantung berfungsi ?

Bagaimana jantung berfungsi ?

Jantung yang digelar sebagai Raja Segala Organ berfungsi mengepam darah pada kadar 5.5 liter/minit ke seluruh bahagian jasad melalui sistem peredaran darah yang membekalkan gas oksigen (O2) dan nutrien kepada tisu serta menyingkirkan gas karbon dioksida (CO2) dan bahan buangan yang lain. Bahagian kanan ventrikel jantung menerima darah yang kurang gas oksigen dan mengepam ke paru-paru untuk diisi dengan gas oksigen yang baru. Pada masa yang sama bahagian kiri ventrikel jantung menerima darah yang kaya dengan dengan gas oksigen daripada paru-paru lalu mengepam ke seluruh sistem enjin jasad secara fitrah. Menurut Imam Ghazali, jantung ciptaan Allah Yang Maha Perkasa (Al-‘Aziz) juga dikenali sebagai ‘Qalb’ adalah tempat masuknya roh menerusi darah beroksigen yang menghidupkan setiap sel dalam sistem enjin jasad.

Ketahui lebih lanjut →

Apakah jenis kanser yang ada ?

Apakah jenis kanser yang ada ?

Sel kanser adalah sel yang hilang keupayaan untuk mengikut Teknologi Fitrah (programming) yang telah ditetapkan bagi kesemua sel kerana sistem enjin jasad mengalami kerosakan.  Kegagalan sistem enjin jasad berfungsi mengikut Teknologi Fitrah disebabkan longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik, yang tersumbat pada dinding sel lalu mempercepatkan percambahan sel tidak normal melebihi sel normal. Jenis kanser yang kebanyakannya dihidapi oleh rakyat Malaysia ialah kanser payudara, usus, paru-paru, limfoma, nasofarinks, leukemia, kelenjar prostat, hati, pangkal rahim (serviks) dan ovari.

Ketahui lebih lanjut →

Apakah masalah kesihatan lelaki yang kerap didengari ?

Apakah masalah kesihatan lelaki yang kerap didengari ?

Secara fitrahnya, jasad lelaki yang sihat memiliki sel yang suci daripada sebarang penyakit berjangkit dan kronik. Kegagalan sisem enjin jasad berfungsi mengikut Teknologi Fitrah (programming) disebabkan longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik yang tersumbat pada dinding sistem enjin jasad lalu mempercepatkan kematian sel dan menghalang percambahan sel baharu, seterusnya melemahkan jasad lelaki. Antara masalah kesihatan yang dialami oleh lelaki ialah penyakit jantung, kanser paru-paru, kanser prostat dan penyakit hati.

Ketahui lebih lanjut →

Apakah itu obesiti atau kegemukan ?

Apakah itu obesiti atau kegemukan ?

Obesiti atau kegemukan adalah masalah berat badan berlebihan yang akhirnya melibatkan pelbagai penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi. Antara simptom-simptom obesiti ialah susah tidur, sakit sendi atau belakang, kerap berpeluh, tak tahan panas, jangkitan pada kulit berlipat, keletihan, depresi dan nafas pendek. Kegagalan sistem enjin jasad untuk berfungsi mengikut Teknologi Fitrah (programming) adalah disebabkan longgokan toksin beracun yang tersumbat. Toksin dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik yang tersumbat pada sistem enjin jasad menyebabkan kapasiti lemak berlebihan daripada tisu lain seperti otot dan tulang seterusnya mengakibatkan obesiti.

Ketahui lebih lanjut →

Bagaimanakah perut dan sistem gastrousus berfungsi ?

Bagaimanakah perut dan sistem gastrousus berfungsi ?

Secara fitrahnya, perut dan sistem gastrousus bermula daripada mulut hingga ke dubur yang menjalankan proses pencernaan dalam sistem enjin jasad. Ianya melibatkan farinks, esofagus, perut, hati, hempedu, perut, pankreas, usus kecil, usus besar, rektum dan dubur. Perut menyimpan makanan secarasementara, mencampurkan dan memecahkan makanan secara proses pengecutan dan pengenduran serta menghadam makanan. Asid hidroklorik dalam perut membantu memecahkan makanan keras menjadi bentuk pejal berair (chyme). Usus pula secara fitrahnya berfungsi menghadam makanan, mengawal keseimbangan air dan mengepam keluar longgokan toksin dalam bentuk najis dan lendir, bakteria, batu karang, kalsifikasi, cacing, candida, kolesterol, batu karang dan lendir berwarna putih, kuning, hijau atau coklat. Proses pembuangan najis yang keluar melalui dubur dipanggil proses penyahtinjaan.

Ketahui lebih lanjut →

Bagaimanakah rahim berfungsi ?

Bagaimanakah rahim berfungsi ?

Secara fitrahnya, rahim atau uterus merupakan organ utama dalam sistem peranakan wanita dan terlibat dalam proses menstruasi (datang haid). Ia merupakan tempat penyimpanan ovum yang telah disenyawakan dan berkembang menjadi janin sehinggalah bayi dilahirkan. Sebelum ovum disenyawakan, hormon estrogen dirembeskan untuk menebalkan dinding uterus sebagai persediaan proses persenyawaan. Ovum yang telah disenyawakan mendapat nutrien daripada salur darah pada dinding rahim. Rahim juga mendapat bekalan gas oksigen, glukosa, mineral dan asid amino daripada saluran darah dan mengepam keluar toksin dalam bentuk darah kotor (haid, wiladah, nifas dan istihadah), ketulan darah, lendir berwarna putih, kuning atau hijau, cyst dan fibroid.

Ketahui lebih lanjut →

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung