Bagaimana jantung berfungsi ?
Bagaimana jantung berfungsi ?
Jantung yang digelar sebagai Raja Segala Organ berfungsi mengepam darah pada kadar 5.5 liter/minit ke seluruh bahagian jasad melalui sistem peredaran darah yang membekalkan gas oksigen (O2) dan nutrien kepada tisu serta menyingkirkan gas karbon dioksida (CO2) dan bahan buangan yang lain. Bahagian kanan ventrikel jantung menerima darah yang kurang gas oksigen dan mengepam ke paru-paru untuk diisi dengan gas oksigen yang baru. Pada masa yang sama bahagian kiri ventrikel jantung menerima darah yang kaya dengan dengan gas oksigen daripada paru-paru lalu mengepam ke seluruh sistem enjin jasad secara fitrah. Menurut Imam Ghazali, jantung ciptaan Allah Yang Maha Perkasa (Al-‘Aziz) juga dikenali sebagai ‘Qalb’ adalah tempat masuknya roh menerusi darah beroksigen yang menghidupkan setiap sel dalam sistem enjin jasad.