Apakah jenis kanser yang ada ?
Apakah jenis kanser yang ada ?
Sel kanser adalah sel yang hilang keupayaan untuk mengikut Teknologi Fitrah (programming) yang telah ditetapkan bagi kesemua sel kerana sistem enjin jasad mengalami kerosakan. Â Kegagalan sistem enjin jasad berfungsi mengikut Teknologi Fitrah disebabkan longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik, yang tersumbat pada dinding sel lalu mempercepatkan percambahan sel tidak normal melebihi sel normal. Jenis kanser yang kebanyakannya dihidapi oleh rakyat Malaysia ialah kanser payudara, usus, paru-paru, limfoma, nasofarinks, leukemia, kelenjar prostat, hati, pangkal rahim (serviks) dan ovari.