Apakah itu obesiti atau kegemukan ?
Apakah itu obesiti atau kegemukan ?
Obesiti atau kegemukan adalah masalah berat badan berlebihan yang akhirnya melibatkan pelbagai penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol tinggi. Antara simptom-simptom obesiti ialah susah tidur, sakit sendi atau belakang, kerap berpeluh, tak tahan panas, jangkitan pada kulit berlipat, keletihan, depresi dan nafas pendek. Kegagalan sistem enjin jasad untuk berfungsi mengikut Teknologi Fitrah (programming) adalah disebabkan longgokan toksin beracun yang tersumbat. Toksin dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik yang tersumbat pada sistem enjin jasad menyebabkan kapasiti lemak berlebihan daripada tisu lain seperti otot dan tulang seterusnya mengakibatkan obesiti.