Apakah simptom paru-paru berair ?
Simptom paru-paru berair ialah sesak nafas terutamanya apabila melakukan aktiviti fizikal, sesak nafas sekiranya baring secara terlentang, nafas berbunyi (wheezing), batuk yang mengeluarkan kahak yang berbuih dan mungkin mengandungi darah, sering bangun daripada tidur kerana sesak nafas, kaki bengkak, berat badan naik secara mendadak dan mudah lesu. Longgokan toksin dalam bentuk stres, logam berat, asap rokok, jangkitan kuman dan virus, ubat-ubatan sintetik dan minuman beralkohol yang tersumbat pada paru-paru mempercepatkan kematian sel dan menghalang percambahan sel baharu, seterusnya mengganggu paru-paru untuk berfungsi secara fitrah.
Ketahui lebih lanjut →