Rahim

Bagaimanakah rahim berfungsi ?

Bagaimanakah rahim berfungsi ?

Secara fitrahnya, rahim atau uterus merupakan organ utama dalam sistem peranakan wanita dan terlibat dalam proses menstruasi (datang haid). Ia merupakan tempat penyimpanan ovum yang telah disenyawakan dan berkembang menjadi janin sehinggalah bayi dilahirkan. Sebelum ovum disenyawakan, hormon estrogen dirembeskan untuk menebalkan dinding uterus sebagai persediaan proses persenyawaan. Ovum yang telah disenyawakan mendapat nutrien daripada salur darah pada dinding rahim. Rahim juga mendapat bekalan gas oksigen, glukosa, mineral dan asid amino daripada saluran darah dan mengepam keluar toksin dalam bentuk darah kotor (haid, wiladah, nifas dan istihadah), ketulan darah, lendir berwarna putih, kuning atau hijau, cyst dan fibroid.

Ketahui lebih lanjut →

Bagaimana saya tahu saya mempunyai masalah fibroid ?

Bagaimana saya tahu saya mempunyai masalah fibroid ? Apakah simptom fibroid ?

Fibroid sering dihidapi oleh wanita yang berusia antara 30 sehingga 40 tahun, namun begitu peringkat umur lain juga turut berisiko. Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim. Antara simptom yang boleh diperhatikan dan diambil perhatian adalah seperti pendarahan haid yang berlebihan. Longgokan tksin beracun dalam bentuk stres, logam berat, asap rokok, makanan tidak sihat, jangkitan kuman dan virus, ubat-ubatan sintetik dan minuman beralkohol yang tersumbat pada rahim mempercepatkan kematian sel dan menghalang percambahan sel baharu, seterusnya melemahkan rahim.

Ketahui lebih lanjut →

Bagaimana saya tahu saya mempunyai cyst dan bukan fibroid ?

Bagaimana saya tahu saya mempunyai cyst dan bukannya fibroid? Apakah perbezaan cyst dan fibroid ? Apakah cyst ?

Cyst merupakan sejenis ketumbuhan pada ovari wanita yang mengandungi cecair di dalamnya manakala fibroid pula merupakan ketulan tisu padat. Cecair tersebut merupakan sama ada cecair bercampur protein, darah beku, darah haid, minyak, lemak ataupun lendir dalam jasad wanita. Cyst kadang-kala tidak menunjukkan sebarang simptom ketara, sementara fibroid kebiasaannya menunjukkan simptom berkaitan masalah haid. Longgokan toksin dalam bentuk stres, logam berat, asap rokok, makanan tidak sihat, jangkitan kuman dan virus, ubat-ubatan sintetik dan minuman beralkohol boleh mengganggu rahim untuk berfungsi secara fitrah.

Ketahui lebih lanjut →

Apakah simptom cyst ?

Apakah simptom cyst ?

Cyst merupakan masalah peranakan kepada ovari wanita di mana ia melibatkan ketumbuhan pada ovari yang lazimnya mengandungi cecair bercampur protein, darah beku, darah haid, minyak, lemak ataupun lendir. Walaupun cyst tidak kelihatan boleh mata kasar kerana tumbuh pada organ di dalam jasad, namun sebenarnya terdapat simptom yang boleh diperhatikan dan diambil perhatian seperti rasa sakit ketika melakukan hubungan intim dan masalah ketidaksuburan. Longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, logam berat, asap rokok, makanan tidak sihat, jangkitan kuman dan virus, ubat-ubatan sintetik dan minuman beralkohol boleh mengganggu rahim untuk berfungsi secara fitrah.

Ketahui lebih lanjut →

Apakah punca cyst ?

Apakah punca cyst ? Apakah faktor yang menyebabkan cyst ?

Cyst boleh berlaku pada mana-mana bahagian jasad, namun cyst ovari lebih kerap terjadi. Cyst terjadi kesan daripada jangkitan atau kalenjar yang tersumbat. Antara punca cyst adalah ketumbuhan, faktor genetik, kecacatan sel, keradang kronik, saluran dan kelenjar yang tersumbat yang menyebabkan cecair berkumpul, parasit dan kecederaan yang mengakibatkan salur darah pecah. Longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, logam berat, asap rokok, makanan tidak sihat, jangkitan kuman dan virus, ubat-ubatan sintetik dan minuman beralkohol yang tersumbat pada rahim mempercepatkan kematian sel dan menghalang percambahan sel baharu, seterusnya melemahkan rahim.

Ketahui lebih lanjut →

Apakah simptom kanser rahim ?

Apakah simptom kanser rahim ?

Tanda-tanda kanser rahim ialah perdarahan selepas melakukan seks, kerap sakit perut, pengeluaran cecair daripada faraj secara berlebihan, sakit semasa melakukan hubungan intim, masalah pembuangan air kecil, pendarahan selepas menopaus, sakit atau rasa seperti ada ketumbuhan pada bahagian pelvis dan menopaus awal. Longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, logam berat, asap rokok, makanan tidak sihat, jangkitan kuman dan virus, ubat-ubatan sintetik dan minuman beralkohol yang tersumbat pada rahim mendorong kepada pembentukan kanser rahim.

Ketahui lebih lanjut →

Apakah simptom menopaus awal ?

Apakah simptom menopaus awal ?

Menopaus awal adalah merujuk kepada putus haid ketika berumur sebelum 45 tahun yang dapat meningkatkan risiko mendapat kanser. Simptom menopaus awal adalah kitaran haid yang tidak teratur atau tidak datang haid, haid yang lebih ringan atau lebih banyak daripada biasa, berpeluh-peluh, faraj menjadi kering, perubahan emosi, hilang ghairah dan insomnia. Longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, logam berat, asap rokok, makanan tidak sihat, jangkitan kuman dan virus, ubat-ubatan sintetik dan minuman beralkohol yang tersumbat pada rahim mengganggu keseimbangan hormon dan menjejaskan kitaran haid.

Ketahui lebih lanjut →

Apakah simptom kanser pangkal rahim ?

Apakah simptom kanser pangkal rahim/serviks ?

Kanser pangkal rahim ialah kanser pada bahagian pangkal atau bawah rahim yang berhubung dengan faraj dimana sel-sel pada bahagian ini telah membiak secara luar biasa. Kanser pangkal rahim mempunyai tanda-tanda utama seperti pengeluaran cecair daripada faraj secara berlebihan, kerap kencing dan sakit ketika kencing. Longgokan toksin dalam beracun dalam bentuk stres, logam berat, asap rokok, makanan tidak sihat, jangkitan kuman dan virus, ubat-ubatan sintetik dan minuman beralkohol yang tersumbat pada rahim mendorong kepada pembentukan kanser pangkal rahim (serviks).

Ketahui lebih lanjut →

Apakah simptom endometriosis?

Apakah simptom endometriosis ?

Endometriosis adalah penyakit dimana lapisan tisu yang sepatutnya berada dalam rahim tumbuh di luar rahim. Endometriosis mempunyai simptom seperti haid yang banyak dan tidak teratur, senggugut (sakit semasa haid), sakit semasa hubungan seks, sakit di bahagian pelvis dan bawah abdomen ketika pertengahan haid dan susah mengandung. Longgokan toksin dalam bentuk stres, logam berat, asap rokok, makanan tidak sihat, jangkitan kuman dan virus, ubat-ubatan sintetik dan minuman beralkohol boleh mengganggu rahim untuk berfungsi secara fitrah.

Ketahui lebih lanjut →

Apakah simptom rahim jatuh ?

Apakah simptom rahim jatuh ?

Rahim jatuh bermaksud rahim yang berubah kedudukan atau turun ke bawah kerana otot dan ligamen lemah dan tidak dapat mengekalkan kedudukan rahim. Tanda-tanda rahim jatuh ialah rasa berat dan tekanan pada faraj, benjolan yang menonjol keluar daripada faraj dan hubungan seksual yang menyakitkan. Longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, logam berat, asap rokok, makanan tidak sihat, jangkitan kuman dan virus, ubat-ubatan sintetik dan minuman beralkohol yang tersumbat pada rahim mempercepatkan kematian sel dan menghalang percambahan sel baharu, seterusnya melemahkan rahim.

Ketahui lebih lanjut →

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung