Artikel : 

Kenapa lelaki kencing tak lawas ?

oleh Hakeema Rozainah

Lelaki tidak puas kencing atau kencing tidak lawas ini merupakan kebocoran air kencing secara tidak sengaja. Keadaan ini berlaku kerana jasad tidak dapat mengawal pundi kencing. Biasanya air kencing disimpan di dalam pundi kencing sehinggalah otak memberi isyarat pundi kencing penuh dan air kencing perlu dikosongkan. Namun, kencing tak lawas berlaku apabila isyarat yang dihantar ke otak mengalami gangguan atau terdapat longgokan toksin pada saluran kencing.

Kegagalan pundi kencing berfungsi mengikut Teknologi Fitrah (programming) disebabkan longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik yang tersumbat pada dinding pundi kencing.

Kencing tak lawas berlaku kerana:

  • Pundi kencing meneran terlalu kuat pada masa yang salah.
  • Otot di sekitar uretra tidak berfungsi secara fitrah.
  • Pundi kencing tidak dapat dikosongkan sehingga mengakibatkan air kencing menjadi terlalu penuh.
  • Uretra terhalang.
  • Terdapat halangan pada saluran kencing.

Kencing tak lawas bukanlah satu penyakit, tetapi ia boleh menjadi salah satu simptom penyakit kronik yang lain. Berikut merupakan punca-punca kencing tak lawas:

  • Pembesaran kelenjar prostat.
  • Masalah pundi kencing.
  • Kencing manis.
  • Jangkitan saluran kencing.
  • Masalah batu karang.
  • Obesiti atau tidak aktif.
  • Batuk kronik.
  • Sembelit.

Segera dapatkan rawatan sekiranya keadaan seperti berikut berlaku:

  • Kerap ke tandas dan tidak dapat menahan keinginan membuang air kencing.
  • Air kencing menitis semasa bersin, batuk dan berdiri.
  • Air kencing menitis walaupun tidak bersin dan batuk.
  • Terasa seperti ingin kencing walaupun sudah membuang air kencing.
  • Aliran air kencing lemah.
  • Terpaksa meneran semasa membuang air kencing.
  • Rasa sakit semasa membuang air kencing.
  • Terasa tekanan pada bahagian bawah jasad.

Allah Yang Maha Mengatur (Al-Bari) telah mengatur dan merancang dengan sempurna bagaimana setiap organ itu saling berkaitan dalam sistem enjin jasad manusia untuk menghasilkan air kencing. Amalan gaya hidup fitrah ini secara tidak langsung memberi kesan kepada keseluruhan sistem enjin jasad manusia agar berfungsi secara optimum dan mengikut Teknologi Fitrah. Selain itu, beberapa tip boleh dilakukan untuk mencegah kencing tak lawas iaitu dengan melakukan akupuntur untuk menguatkan sistem urin, bermeditasi, minum cuka epal untuk melawan jangkitan, serta perbanyakkan mengambil makanan yang mengandungi magnesium seperti yogurt, pisang, bijian dan kacang serta mandi air garam Epsom.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar toksin daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung