Artikel : 

Kenapa lelaki lebih mudah menghidap kanser hati ?

oleh Hakeema Rozainah

Kegagalan hati berfungsi mengikut Teknologi Fitrah (programming) disebabkan longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik yang tersumbat pada dinding hati lalu mempercepatkan kematian sel dan menghalang percambahan sel baharu, seterusnya melemahkan hati. Hati yang lemah boleh mengakibatkan lelaki lebih mudah menghidap kanser hati.

Lelaki lebih mudah menghidap kanser hati berbanding wanita disebabkan oleh hormon adiponektin yang dirembes oleh sel lemak. Sel lemak di dalam jasad merembeskan sejenis hormon yang dapat menghentikan sel hati daripada menjadi sel kanser. Menurut kajian yang dilakukan oleh penyelidik Spain, hormon ini lebih banyak dihasilkan oleh jasad wanita berbanding lelaki dan ini menjadikan wanita sukar menghidap kanser hati berbanding lelaki.

Bagi lelaki pula, sekiranya rembesan hormon testosteron meningkat, ia boleh mengurangkan penghasilan hormon yang dapat menghentikan sel hati daripada menjadi sel kanser. Seterusnya keadaan ini akan meningkatkan risiko menghidap kanser hati dalam kalangan lelaki. Lelaki yang mengalami obesiti juga boleh mengurangkan penghasilan hormon yang dapat menghentikan percambahan sel kanser.

Selain itu, penghasilan hormon estrogen yang banyak dalam jasad wanita turut memainkan peranan dalam mengurangkan risiko kanser hati. Hormon estrogen yang dihasilkan dapat menghentikan penghasilan protein interlukin yang boleh mengakibatkan keradangan kronik kepada hati. Sebaliknya, jasad lelaki menghasilkan sedikit hormon estrogen mengakibatkan organ hati mereka lebih mudah menghidap radang kronik dan seterusnya kanser hati.

Allah Yang Maha Melindungi (Al-Waliy) telah memelihara jasad kita daripada bahaya dengan menciptakan organ hati yang berfungsi sebagai organ penapis terbesar dalam jasad. Apabila hati kita memecahkan bahan yang berbahaya, longgokan toksin beracun dipam keluar daripada sistem enjin jasad melalui cecair hempedu atau darah. Toksin beracun dalam cecair hempedu memasuki usus dan meninggalkan sistem enjin jasad dalam bentuk pembuangan najis, manakala toksin beracun dalam darah akan ditapis oleh buah pinggang dan dipam keluar dalam bentuk air kencing. Setiap sel pada hati dan hempedu melaksanakan perintah (programming) mengikut Teknologi Fitrah aturan Allah SWT. Namun, disebabkan oleh longgokan toksin beracun seperti minuman beralkohol, asap rokok, ubat-ubatan, bahan kimia dan jangkitan kuman yang tersumbat pada dinding hati sehingga menyebabkan keradangan. Kembalilah hidup dengan gaya hidup fitrah agar penyakit dapat dicegah.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar toksin daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung