Artikel : 

Kenapa lelaki lebih mudah menghidap penyakit jantung ?

oleh Hakeema Rozainah

Golongan lelaki lebih mudah menghidap penyakit jantung berbanding wanita terutamanya angina dan serangan jantung disebabkan oleh jantung tidak dapat berfungsi mengikut Teknologi Fitrah (programming). Penyakit ini banyak berlaku kepada lelaki muda yang berumur kurang daripada 55 tahun.

Kegagalan jantung berfungsi mengikut Teknologi Fitrah (programming) disebabkan longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik yang tersumbat pada dinding jantung.

Berikut merupakan punca mengapa lelaki lebih mudah menghidap penyakit jantung:

  • Obesiti

Obesiti merupakan punca utama kepada penyakit jantung dalam kalangan lelaki. Obesiti adalah lemak berlebihan yang berkumpul bahagian jasad yang berbeza yang boleh mengakibatkan serangan jantung. Apabila lemak berlebihan berkumpul pada bahagian abdomen lelaki, secara tidak langsung ia memberi kesan kepada jantung lalu meningkatkan risiko sakit jantung. Pengumpulan lemak ini juga boleh mencetus kepada penyakit kencing manis jenis 2.

  • Tekanan fizikal

Tekanan fizikal merupakan salah satu faktor yang menyebabkan penyakit jantung dalam kalangan lelaki berbanding wanita. Lelaki lebih terdedah kepada bebanan kerja fizikal yang memberikan tekanan kepada jasad lalu menjadikan lelaki lebih mudah menghidap penyakit jantung.

  • Tekanan emosi dan gangguan

Faktor lain yang mengakibatkan lelaki lebih mudah menghidap penyakit jantung ialah tekanan emosi. Lelaki lebih suka memendam tekanan emosi sehinggalah tekanan emosi tersebut berkumpul. Tekanan emosi yang terkumpul ini lama-kelamaan akan mencetus kepada penyakit arteri koronari dan meningkatkan risiko penyakit jantung yang lain.

  • Kolesterol tinggi

Kebanyakan lelaki yang menderita paras kolesterol tinggi akan memberi kesan kepada jantung sehingga mengakibatkan penyakit jantung. Sebaliknya, wanita mempunyai paras estrogen yang tinggi dalam jasad membantu keseimbangan paras kolesterol dalam jasad.

  • Gaya hidup yang tidak sihat secara fitrah

Lelaki suka mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat secara fitrah berbanding wanita. Pengambilan minuman beralkohol, tabiat merokok, tidur yang tidak cukup setiap malam dan hidup dalam tekanan merupakan gaya hidup yang tidak sihat yang boleh mengakibatkan penyakit jantung dalam kalangan lelaki berbanding wanita.

Allah Yang Maha Hebat (Al-Mutakabbir) telah menjadikan jantung kita sempurna sebagai organ yang kuat untuk mengepam darah beroksigen serta nutrien ke seluruh sistem enjin jasad melalui sistem peredaran darah. Namun, akibat daripada perbuatan dan gaya hidup manusia itu sendiri yang berlawanan dengan fitrah telah mengganggu jantung ini berfungsi dengan lancar dan normal. Trend terkini yang banyak mengiklankan makanan yang bergoreng, berlemak dan tinggi kolesterol boleh menyumbangkan sakit jantung pada orang yang berusia muda. Amalkan makan makanan yang sihat dan berkhasiat serta hidup dengan gaya hidup fitrah agar kita dapat mencegah sebelum terlambat.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar toksin daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung