Artikel : 

Mengapakah buah dada menjadi besar pada lelaki ?

oleh Hakeema Rozainah

Biasanya saiz buah dada lelaki adalah kecil dan tidak membonjol seperti wanita. Namun, ada juga lelaki yang mempunyai buah dada membonjol menyerupai payudara wanita. Keadaan ini boleh mengakibatkan lelaki berasa malu dan kurang keyakinan diri semasa berada di khalayak ramai.

Kegagalan testis merembeskan hormon mengikut Teknologi Fitrah (programming) disebabkan longgokan toksin beracun dalam bentuk stres, asap rokok, gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik yang tersumbat pada dinding testis.

Buah dada membesar bagi lelaki disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon estrogen dan testosteron yang tidak mengikut Teknologi Fitrah. Penurunan paras hormon testosteron menjadi pencetus kepada pembesaran saiz dada bagi lelaki.  Biasanya, saiz buah dada besar berlaku pada bayi lelaki, remaja lelaki yang sedang akil baligh dan lelaki dewasa.

Penurunan paras hormon testosteron dalam jasad lelaki boleh disebabkan oleh perkara seperti berikut:

  • Penyakit kronik seperti sirosis dan kegagalan buah pinggang.
  • Penggunaan ubat-ubatan kimia sintetik.
  • Penggunaan barangan kosmetik seperti losyen dan krim.

Berikut merupakan simptom buah dada besar bagi lelaki:

  • Tisu dada membengkak.
  • Buah dada menjadi lembut.
  • Kembung.
  • Depresi.
  • Berat jasad bertambah.
  • Pembesaran prostat.
  • Kemurungan.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko buah dada membesar dalam kalangan lelaki iaitu:

  • Elakkan penggunaan ubat-ubatan kimia sintetik.
  • Elakkan pengambilan minuman beralkohol.
  • Kekal aktif dan dapatkan berat jasad yang ideal.
  • Minum teh hijau untuk meningkat kadar metabolime.
  • Lakukan senaman kardio untuk membakar lemak dalam jasad.

Allah Yang Maha Berupaya (Al-Qadir) berupaya melakukan apa sahaja yang dikehendakinya termasuk melindungi hamba-Nya daripada sebarang kemudaratan. Ketidakseimbangan hormon disebabkan gaya hidup yang tidak mengikut fitrah dan pengambilan makanan yang mengandungi gula dan garam berlebihan, protein haiwan berlebihan, makanan proses dan segera, bahan pengawet, jangkitan kuman dan virus serta ubat-ubatan sintetik. Penurunan paras hormon testosteron menjadi pencetus kepada pembesaran saiz dada bagi lelaki. Oleh itu, untuk jasad yang sihat dan terpelihara daripada penyakit sebaiknya kembalilah kepada fitrah sebelum terlambat. Kasihnya Allah SWT kerana sentiasa memberi peringatan kepada hamba-Nya agar kita semua sentiasa sihat walafiat dan tidak menzalimi diri sendiri. Jika jasad manusia itu hidup secara fitrah maka organ-organ dalamannya juga begitu. Namun, jika sebaliknya berlaku, Allah SWT masih memberi ilham menunjukkan jalan dalam membaiki jasad kita kembali. Begitu kasihnya Allah SWT pada hamba-Nya.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar toksin daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah (programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Rujukan

Scroll to Top

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Perut & Sistem Gastrousus

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Rahim

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Paru-Paru

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Kencing Manis

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Buah Pinggang

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Hati

Muat Turun Buku Panduan 101 Penyakit Menurut Ibnu Sina Jantung