Madu

JENIS-JENIS MADU

Menurut Suruhanjaya Alimentar Kodeks (1989), madu didefinisikan sebagai pemanis semulajadi yang dihasilkan oleh lebah daripada nektar atau rembesan mana-mana bahagian tumbuhan atau rembesan tumbuhan pemakan serangga (tumbuhan karnivor) yang dikumpulkan dan diubah dengan menggabungkannya dengan bahan khusus di dalam badan lebah, dikurangkan kandungan airnya dan disimpan di dalam sarang lebah sehingga matang.

Oleh kerana sumber nektar yang berbeza boleh menghasilkan madu yang pelbagai, maka pengkategorian jenis madu dibuat berdasarkan sumber nektarnya.

Secara amnya madu bukanlah hasil buangan tetapi lebih kepada hasil luahan lebah. Terdapat lima jenis lebah daripada keluarga Apidae dan Maliporidae yang mampu menghasilkan madu iaitu: i) lebah batuan (Apis dorsata), ii) lebah sarang India (Apis cerana indica), lebah kecil (Apis flurea), lebah Eropah atau lebah Itali (Apis mellifera) dan lebah damar atau lebah tanpa sengat (Melipona irridipennis). Lebah Apis mellifera jemenitica merupakan lebah yang menghasilkan Lote Tree Honey™.

Secara umumnya, terdapat dua jenis madu yang utama iaitu madu monoflora dan madu uniflora. Madu monoflora dihasilkan daripada nektar sejenis bunga sahaja manakala madu poliflora dihasilkan daripada nektar pelbagai jenis bunga. Madu akasia, Lote Tree Honey™ dan manuka merupakan contoh madu monoflora yang hanya mengandungi nektar daripada pokok akasia, Lote tree dan manuka sahaja.

Selain daripada akasia, Lote Tree Honey™ dan manuka, terdapat juga madu-madu lain yang diperoleh daripada nektar monoflora seperti madu limau, madu heather, madu lobak, madu alfalfa, madu willow, madu eucalyptus, madu sitrus, madu sikamore, madu dandelion, madu gandum hitam dan madu thyme.

Jenis madu uniflora pula adalah seperti madu tualang dan madu asli biasa. Terdapat juga madu yang dikeraskan dipanggil madu batu dan kebiasaannya diperoleh daripada lebah yang bersarang di kawasan berbatu-batan.

Kongsi