#puncapenyakit Punca Penyakit

Kanser Payudara

Spread the love

PENGENALAN

Sudah menjadi fitrah manusia bersifat prejudis terhadap sesuatu yang berada di depan mata., kutukan, sindiran yang dianjurkan kepada wanita akan menjatuhkan semangat wanita itu sendiri. Wanita ini dipandang serong sekiranya melakukan kesilapan kecil. Kebanyakan wanita hari ini mempunyai kecenderungan untuk menjadi murung dan stress apabila disahkan sebagai pesakit kanser. Penyakit kanser dikesan lambat menggunakan teknologi perubatan moden yang terdapat di hospital- hospital kerjaan atau pun swasta . Dalam artikel Bernama (Feb 2019)  Menteri Kesihatan , Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa dianggarkan 60 peratus penyakit kanser di negara ini lambat dikesan pada Tahap III dan IV. Kelewatan pesakit mengesan kanser ini menyebabkan mereka lambat membuat pencegahan awal untuk merawat pesakit kanser.

Menurut Torre et al. (2015), beban kanser global menunjukkan 15% kematian wanita yang menghadapi pesakit kanser adalah ekoran kanser payudara. Kes kanser payudara yang dilaporkan didapati telah meningkat melebihi 20 peratus sementara  kadar kematian  meningkat sebanyak 14% semenjak anggaran terakhir pada 2008. Kadar insiden kanser payudara kekal tertinggi di kawasan negara berpendapatan tinggi namun kadar kematian didapati lebih tinggi di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana terutamanya di benua Afrika dan rantau Asia Pasifik (IARC 2013). Dalam artikel Berita Harian (Ogos 2019), perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), memberikan statistik kira-kira 70 peratus , penduduk di Malaysia yang mempunyai pendapatan rendah dan sederhana juga terdedah pada risiko kanser dengan peningkatan 60 peratus dalam tempoh 20 tahun.

Walau bagaimanapun, berdasarkan laporan GLOBOCON (IARC 2013), kanser payudara dilaporkan sebagai kanser yang paling  dalam kalangan wanita di 140 daripada 184 buah negara di seluruh dunia pada tahun 2012. Laporan tersebut juga menganggarkan bahawa 1.7 juta wanita di seluruh dunia telah didiagnosi dengan kanser payudara, merangkumi 25% daripada keseluruhan kes kanser global; majoriti kes baru kanser payudara (53%) dan kematian disebabkan oleh kanser payudara (62%) dan berlaku di negara-negara kurang maju.

Secara umumnya, kejayaan besar bagi negara-negara Eropah dan Utara Amerika dalam menstabil dan menurunkan kadar kematian disebabkandari kanser payudara merupakan hasil daripada pengesanan awal kanser melalui mamografi, pelaksanaan program-program saringan yang meluas dan penambahbaikan dalam rawatan perubatan (Althuis et al. 2005; Torre et al. 2015). Sebaliknya beberapa faktor sosial seperti kekurangan program-program pengesanan awal, kekurangan kemudahan untuk mengesan dan merawat kanser, serta tahap amalan pengesanan awal kanser yang rendah di negara-negara kurang maju dilihat menyumbang kepada peningkatan dalam kadar mortaliti kanser payudara (WHO 2010; Torre et al. 2015). Kesan ketidaksamarataan dalam aspek kesihatan dunia dilihat membentuk julat perbezaan yangsemakin besar dalam kadar kemandirian kanser payudara antara negara kaya dan negara miskin. Dianggarkan kadar kemandirian melebihi 80% di Amerika Utara, Sweden dan Jepun,sekitar 60% di negara-negara berpendapatan sederhana dan dibawah 40% di negara-negara berpendapatan rendah (WHO 2010)

FAKTOR-FAKTOR RISIKO KANSER PAYUDARA

Kruk (2015) dalam meta-analisis kajian-kajian terkini berhubung peranan komponen gaya hidup dalam epidemiologi kanser payudara merumuskan bahawa faktor gaya hidup terbukti berperanan dalam meningkat dan menurunkan risiko kanser payudara dalam kalangan wanita.

Antara faktor-faktor risiko kanser payudara yang diperakui berdasarkan pelbagai penyelidikan meluas berkaitan kanser payudara adalah usia lewat pada kelahiran anak pertama atau tidak pernah melahir (nulliparity), tidak pernah menyusukan atau tempoh penyusuan yang singkat, pemakanan dan diet, serta stres psikologikal. Setiap faktor risiko ini akan diberi penjelasanyang selanjutnya seperti di bawah ini.

Usia Lewat Pada Kelahiran Anak Pertama atau Tidak Pernah Melahir (Nulliparity)

Menurut McPherson et al. (1994), usia lewat pada kelahiran anak pertama atau tidak pernah melahir (nulliparity) meningkatkan risiko terjadinya kanser payudara. Risiko kanser payudara di kalangan wanita yang mempunyai anak pertama selepas usia 30 tahun adalah kira-kira dua kali ganda berbanding wanita yang mempunyai anak pertama mereka sebelum berusia 20 tahun. Kumpulan yang berisiko paling tinggi adalah mereka yang mempunyai anak pertama selepas umur 35 tahun; wanita-wanita ini berada pada risiko yang lebih tinggi daripada wanita yang tanpa anak.

Selain itu, kajian Norsa’adah et al. (2005) berhubung faktor-faktor risiko kanser payudara di Kelantan melibatkan 294 peserta yang majoritinya Melayu. Rekabentuk kajian kes kawalan digunakan dengan 147 peserta kes dan 147 peserta kawalan. Kajian ini mendapati faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan risiko kanser payudara bagi golongan wanita yang tidak pernah melahirkan, berat badan berlebihan, dan sejarah keluarga yang pernah menghidapi kanser. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak menemui perkaitan antara kanser payudara dengan status sosio-ekonomi, status perkahwinan, umur pertama ketika , umur pada tempoh penuh kehamilan pertama, penggunaan hormon terapi dan penyusuan badan.

Tidak Pernah Menyusukan atau Tempoh Penyusuan yang Singkat

Terdapat kajian-kajian yang menunjukkan tempoh penyusuan panjang (melebihi 12 bulan hingga ke 24 bulan) bertindak sebagai pelindung atau pencegah daripada kanser payudara, manakala penyusuan dalam tempoh kurang daripada 12 bulan dikaitkan sebagai faktor signifikan yang meningkatkan risiko kanser payudara (American Cancer Society,2015). Kajian Matalqah et al. (2011) pula dilaksanakan untuk mengenalpasti peramal-peramal kanser payudara dalam kalangan wanita di Pulau Pinang, Malaysia. Seramai 150 kes dan 150 peserta kawalan melibatkan dengan separuh daripada peserta adalah dari etnik Cina. Kajian tersebut menemui beberapa bentuk perkaitan antara risiko kanser payudara dengan faktor-faktor risiko dalam kajian iaitu sejarah peribadi menghidap penyakit payudara, tidak pernah mengamalkan diet rendah lemak, dan tidak pernah menyusukan anak. Kajian yang dilakukan dapat meningkatkan risiko untuk mendapat kanser payudara.

Antara kajian mendapati dalam kalangan wanita Cina di Lembah Klang, Malaysia berkaitan dengan faktor-faktor risiko kanser payudara dilihat mempunyai perkaitan antara kanser payudara dengan risiko-risiko gaya hidup . Seramai 89 penghidap kanser payudara wanita yang menerima rawatan di Klinik Kanser, Hospital Kuala Lumpur dan Universiti Malaya Medical Centre digunakan sebagai kumpulan kes berbanding 85 wanita dalam kes kawalan yang dipilih secara rawak dari kalangan pesakit luar di kedua-dua hospital. Daripada kajian yang dilakukan, didapati jumlah wanita yang mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser dalam kumpulan kes adalah dua kali ganda berbanding dalam kumpulan kawalan.

Selain itu, tempoh penyusuan didapati mempunyai perkaitan dengan pengurangan dalam susu ibu di kalangan kedua-dua wanita premenopausal dan postmenopausal terutama dengan anak pertama. Perbezaan yang signifikan juga dilihat berdasarkan bilangan anak yang disusukan. Pengkaji menyimpulkan bahawa penemuan tersebut adalah selari dengan kajian-kajian terdahulu yang menjelaskan tentang kelebihan eksklusif penyusuan badan sebagai faktor pelindung semulajadi yang penting terhadap kanser payudara terutamanya dengan pertambahan dalam jumlah anak disusukan dan tempoh penyusuan setiap anak.

Stres Psikologikal

Menurut Kruk (2015), kajian pertama berhubung perkaitan antara stres psikologikal dengan kanser payudara dilaporkan pada penghujung abad ke-19 oleh Snow (1893) di mana 150 daripada 250 pesakit kanser payudara pernah mengalami peristiwa-peristiwa teruk dalam hidup ekoran kehilangan ahli saudara yang terdekat. Semenjak itu, terdapat kajian-kajian epidemiologikal lain yang turut mengemukakan perkaitan sebab terjadi antara stres yang disebabkan oleh peristiwa-peristiwa dalam hidup dengan kanser payudara. Bagaimanapun perkaitan yang wujud antara kedua-duanya masih tidak jelas kerana perkaitan yang ditemui berbeza-beza dari julat tiada perkaitan hingga kepada perkaitan yang kuat. Antaranya Petticrew et al. (1994) dalam kajian meta-analisis mereka menyimpulkan bahawa peristiwa- peristiwa teruk dalam hidup yang baru dialami tidak mempunyai kesan terhadap risiko kanser payudara.

Namun begitu , Dalton et al. (2002) pula dalam analisis ke atas bukti-bukti daripada kajian-kajian dari tahun 1967 hingga 2001 berhubung pengaruh peristiwa teruk dalam hidup (keluarga yang sakit, kematian saudara terdekat, perceraian, kehilangan kerja, dan depresi) ke atas pesakit kanser payudara mendapati hubungan yang wujud adalah lemah, tren dos-respon juga adalah samar- samar, dan tiada ketetapan dalam keputusan-keputusan yang diperolehi. Beberapa kajian kohort dan kajian kes berikutnya bagaimanapun memberikan keputusan berbeza di mana perkaitan positif disahkan wujud antara peristiwa-peristiwa terkumpul dalam hidup dengan pembentukan kanser payudara (Jacobs and Bovasso, 2000; Lillberg et al., 2003; Kruk andAboul-Enein, 2004; Peled et al., 2008; Kruk, 2012).

Tambahan pula , Peled et al. (2008) mendapati dua atau lebih pengalaman yang dialami mempunyai perkaitan positif dengan risiko kanser payudara, sebaliknya perasaan gembira dan positif secara signifikan dapat mengurangkan risiko kanser payudara. Santos et al. (2009) dalam meta-analisis mereka juga mendapati statistik ketara dapat dilihat dalam peningkatan risiko kanser payudara di kalangan wanita yang dilaporkan mengalami tekanan dalam intensiti yang tinggi daripada pengalaman dalam hidup.

Walau bagaimanapun , Kruk (2012) pula melaporkan wanita yang secara individu mengalami empat dari enam peristiwa besar dalam hidup mempunyai risiko lima kali lebih tinggi berbanding wanita yang tidak pernah mengalami sebarang peristiwa teruk dalam hidup.Secara ringkasnya bukti-bukti epidemiologikal berhubung perkaitan antara stres psikologikal dengan kanser payudara sememangnya masih belum cukup meyakinkan, bahkan perkaitan antara kedua-duanya masih merupakan topik yang penuh kontroversi; hubungan antara kedua-duanya secara biologikal boleh diterima akal dan pelbagai mekanisme dinilaikan penyebab penurunan imun, kerosakan DNA dan kecacatan dalam pembaikian asid, pengaruh ke atas parameter-parameter endokrin, halangan terhadap kematian sel-sel yang berlaku  di  bahagian normal dan terkawal dari pertumbuhan atau perkembangan organisma., dan mutasi somatik (Cohen & Herbert, 1996; Kiecold-Glaser & Glaser, 1999; Forlenza & Baum,2000; Sloan et al., 2010). Stres yang kronik dikesan meningkatkan kepekatan kortisol,mengakibatkan gangguan dalam fungsi imun yang penting dalam penyingkiran sel-sel hidup secara senyap (Lutgendorf et al., 1999; Kemeny and Schedlowski, 2007). Selain itu, stres psikologikal dikatakan berupaya mengubah ciri–ciri endokrin di mana noradrenaline yang dirembeskan keluar boleh membawa kepada pertumbuhan dan penyebaran sel kanser dalam saluran darah (Moreno-Smith et al., 2010; Sloan et al., 2010)

Siapakah berisiko ?

Risiko kanser payudara meningkat dengan pertambahan usia. Terutama bagi mereka yang berumur 40 tahun dan ke atas. Faktor-faktor lain adalah seperti:

• Mempunyai sejarah kanser payudara yang lalu
• Mempunyai ahli keluarga yang pernah menghidapi kanser payudara
• Faktor gaya hidup: berat badan berlebihan, tidak aktif, pengambilan alkohol (lebih dari 1 unit sehari)
• Penggunaan Terapi Penggantian Hormon
• Melahirkan anak pada usia yang lanjut (melahirkan anak pertama pada usia melebihi 30 tahun)
• Datang haid pada usia yang muda (kurang daripada 12 tahun)
• Putus haid pada usia yang tua (pada usia melebihi 55 tahun)

EMOSI

Tanpa mengira usia, kehidupan dengan barah merupakan pengalaman yang mengubah hidup. Pasti berlaku gangguan emosi terjadi terhadap wanita. Individu menjadi sensitif terhadap sekeliling terutamanya individu yang disahkan penghidap pesakit kanser tahap 3 dan 4. Ketika ini , kanser baru dapat dikesan. Ia mungkin sukar pada mulanya, tetapi anda masih boleh mencari semula kedamaian dan kegembiraan dalam hidup anda. Berikut beberapa kesan yang menyebabkan emosi terjadi.

  1. Tidak mampu mengawal diri.

Di saat anda disahkan ada mengetahui tentang penyakit anda , anda tidak mampu mengawal diri sehingga anda merasakan diri anda tiada guna lagi. Anda rasa rendah diri dengan keadaan penyakit anda sehingga membunuh diri adalah jalan terakhir bagi anda. Solusinya, membuat pencarian atau mengetahui tentang penyakit anda dengan mempelajari tentang jenis barah anda, pilihan rawatan moden atau rawatan alternatif untuk rawatan pencegahan kanser. Dan perkara yang dijangkakan semasa dan selepas rawatan dan cara menangani keadaan. Anda tidak akan rasa begitu bimbang jika anda tahu perkara yang perlu dijangkakan.

  • Pendam perasaan

Seringkali, pesakit-pesakit kanser memilih untuk memendam perasaan tentang penyakit yang dialami. Mereka memilih untuk memendam atau diam diri berbanding dengan berkongsi masalah. Beranggapan tidak membantu malah membebankan orang lain, erti kata lain lebih membuat sangkaan sendiri . Jangan biarkan atau pendam perasaan,galakan untuk mereka kongsi emosi suka dan duka yang mereka alami sebagai pesakit kanser dengan keluarga dan rakan-rakan. Jika pesakit mendapati sukar untuk bercakap dengan orang yang rapat, dapatkan sokongan alternatif. Dengan melakukan perbincangan bersama doktor atau jururawat tentang perasaan yang terbuku di hati, ia mampu mengurangkan perasaan atau rasa yang tidak terluah . Mereka juga akan dapat dirujuk kepada sumber-sumber bantuan lain seperti kaunselor, pekerja kebajikan, pakar psikologi atau penjaga kesihatan profesional lain.

Kesan-kesan terhadap pesakit kanser

Pelbagai kesan yang dialami bagi individu yang mengalami yang disahkan sebagai pesakit kanser. Mereka terpaksa melalui liku-liku kehidupan yang mencabar setiap hari. Disebalik kehidupan manusia yang penuh dengan mehnah dan cabaran, sudah pastinya berhadapan dengan dugaan yang tersirat hikmah. Jika manusia tidak diuji dan tidak diberikan cabaran kehidupan, mungkin mereka tidak akan mempelajari sesuatu yang membawa manfaat kepada mereka atas pengalaman cabaran yang dilalui itu.

  1. Cepat letih/kurang bertenaga melakukan aktiviti
  2. Rasa bersalah
  3. Corak tidur
  4. Tekanan terhadap pesakit dan keluarga terdekat
  5. Berat badan turun ~ kurang selera makan

HURAIAN

  1. Cepat letih dan kurang bertenaga melakukan aktiviti

Individu yang mengalami penyakit kanser payudara akan menyebabkan tubuh badan mereka cepat berasa letih dan kurang bertenaga. Ia adalah kerana pesakit kanser mudah menjadi lemah dan tidak bertenaga akibat penyakit kanser juga semasa menjalani rawatan. Pesakit kanser akan mengalami keletihan yang teramat disebabkan terdedah pada radiasi yang tinggi. Pesakit akan merasai diri mereka cepat letih dan kurang bertenaga, selepas melakukan kemoterapi.

  • Rasa bersalah

Pesakit kanser akan merasa salah pada diri sendiri, mereka merasakan akan membebankan orang di sekeliling. Peranan yang digalas tanpa persediaan, pengetahuan dan kemahiran terhadap pengurusan pesakit telah menyebabkan perasaan penjaga berada pada tahap yang rendah kerana mereka mengalami pelbagai beban dalam penjagaan yang telah menyumbangkan kepada tekanan kepada mereka. Beban kewangan dan tekanan ini bukan sahaja memberikan kesan kepada kualiti hidup keluarga malahan ia turut memberikan kesan kepada perasaan pesakit sendiri.

  • Tekanan terhadap pesakit dan keluarga terdekat

Secara keseluruhan, tekanan yang dialami oleh pesakit kerana mereka tidak mempunyai sebarang ilmu dan tidak mempunyai pengalaman yang mendalam berkaitan dengan penyakit dan penjagaan penyakit berkenaan (Ferrell, Hanson, & Grant, 2013; Meeker, Finnell, & Othman, 2011). Aktiviti penjagaan banyak dilakukan oleh ahli keluarga

lebih Keluarga akan menghabiskan lebih banyak masa mereka dalam aktiviti penjagaan berbanding dengan golongan penjagaan perubatan profesional seperti doktor, jururawat, pakar dietetik, fisioterapi dan sebagainya.

Keadaan ini memberikan kesukaran kepada keluarga kerana mereka tidak diberikan kemahiran atau latihan berkaitan dengan persediaan untuk penjagaan pesakit semasa mendapatkan rawatan ataupun discaj dari hospital. Persediaan ini merujuk kepada kesediaan keluarga tersebut menjalankan tanggungjawab mereka memberikan penjagaan fizikal, emosi, sokongan dan berhadapan dengan tekanan dalam penjagaan (Kim, Baker, Spillers & Wellisch, 2006b). Kekurangan persediaan untuk menjalankan tanggungjawab atau peranan akan menyumbangkan kepada tekanan yang tinggi kepada keluarga (Archbold, Stewart, Greenlick & Harvath, 2006; Grant, et al., 2013; Schumacher, Stewart & Archbold, 2007; Van, et al, 2011).

Justeru itu , gejala tekanan dalam kalangan keluarga akan mempengaruhi kepada kesan negatif sama ada dari aspek fizikal dan juga kesihatan mental mereka. Gejala-gejala yang dimaksudkan termasuklah perubahan corak atau masa tidur, kelesuan, agresif, cepat marah dan mempunyai gangguan dalam menumpukan perhatian terhadap penjagaan yang mereka lakukan (Kim, Carver, Spiegel, Mitchell & Cannady, 2015; Schulz, 2004) dan memiliki tingkahlaku yang tidak sihat seperti pengambilan barang terlarang (Swore & Dodd, 2008) Golongan keluarga yang tidak berkongsi beban penjagaan ataupun memendam perasaan dilihat sangat berpotensi untuk mengalami tekanan perasaan yang tinggi (Wagner, Das, Bigatti, & Storniolo, 2011)

Tempoh penjagaan, perkongsian tanggungan penjagaan, umur pesakit dan keupayaan fungsi pesakit didapati berhubung kait secara signifikan dengan tekanan ahli keluarga atau penjaga (Mahadevan, et al., 2013). Faktor sosio demografi keluarga turut memberikan pengaruh kepada tekanan keluarga di mana mereka ini terdiri daripada wanita, berumur muda, terdiri daripada pasangan, memiliki pendapatan isi rumah yang tinggi dan menerima sokongan sosial daripada ahli keluarga dikatakan memiliki tekanan yang tinggi semasa menjalankan aktiviti penjagaan (Gaugler et al., 2005; Nijboer et al.,1998)

  • Corak tidur berubah.

Menurut Noor Adzha (2017), penurunan beberapa sel utama seperti sel darah putih, sel darah merah dan platlet juga boleh berlaku dan menyebabkan pesakit akan berasa letih. Untuk orang dewasa , kebiasaan anggaran dalam tempoh 7 hingga 8 jam sehari. Kebanyakan kita tidak mementingkan waktu tidur yang berkualiti. Insomnia adalah masalah ketidakupayaan manusia untuk tidur pada waktu malam. Penghidap insomnia seringkali menghadapi masalah tidak dapat tidur pada waktu malam, dan akan mengalami keletihan pada hari berikutnya. Pesakit kanser tidak perolehi tidur yang berkualiti, disebabkan terlalu fikirkan kesihatan yang dialami. Tidur yang berkualiti untuk pesakit kanser ,adalah selepas mendapat rawatan. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada insomnia, namun salah satu punca insomnia adalah stres. Apabila stres, otak manusia akan lebih aktif daripada biasa. Mereka yang menghadapi stres tidak boleh berhenti untuk berfikir walaupun pada waktu di mana tubuh badan mereka sepatutnya rehat. Apabila tubuh kurang mendapat rehat, maka ia akan menjadi lesu pada hari berikutnya. Corak tidur menyebabkan pesakit mengambil keputusan untuk mengambil pil ubat tidur. Ia merupakan cara yang salah dan pengambilan yang terlalu banyak akan menyebabkan kerosakan organ dalaman.

Tambahan lagi , ramai orang cuba untuk tidur selama seminggu tidur lebih pada hujung minggu. Tetapi jika anda telah kehilangan terlalu banyak tidur. Malahan tidur pada hujung minggu tidak dapat membantu tidur berkualiti sepenuhnya terhadap hutang tidur yang tidak mencukupi. Sudah tentu, tidur dalam tempoh lama pada akhir minggu tidak akan dibuat untuk apa-apa menampung keletihan yang dialami. Tidak cukup untuk satu malam untuk menampung tidur , namun akan menjejaskan fungsi dan mood secara negatif. (National Institutes of Health, Ogos 2011)

  • Berat badan turun ~ kurang selera makan  

Apabila kebanyak orang berfikir tentang kesan sampingan rawtan kanser , mereka berfikir akan berlaku penurunan berat badan. Malahan pula, pemikiran tersebut adalah salah satu kesan selepas melakukan rawatan. Pesakit ini akan mengalami perubahan bentuk badan terutamanya lemak bdan meningkat dan otot- otot mulai berkurangan dalam badan. Kenaikan berat badan adalah paling biasa berlaku terutamanya pesakit yang telah melakukan pembedahan atau terapi hormon

Penutup

Kanser payudara merupakan salah satu penyakit yang sangat digeruni dalam kalangan wanita seluruh dunia. Ianya merupakan penyakit yang bukan sahaja memberi kesan kepada fizikal malah ianya mampu mempengaruhi keadaan jiwa dan emosi penghidap kanser payudara ke tahap yang sangat kritikal. Kebanyakan daripada mereka akan mengalami stres yang berpanjangan sepanjang menjalani rawatan mahupun menjalani kehidupan seharian. Pelbagai kesan yang diperolehi oleh wanita ketika mereka mengalami kanser yang mengubah cara gaya hidup mereka. Penerimaan terhdapa penyakit kanser ini tidak mampu mengembirakan mereka dan disitu mereka perlukan sokongan fizikal dan mental dari semua orang terutamanya orang sekeeliling mereka untuk memberi bantuan sekirnya perlu. Kajian ini diharapkan dapat menjadi satu panduan yang berguna kepada pesakit-pesakit yang mengalami masalah gangguan jiwa terutama kepada mereka yang menghidapi penyakit yang digeruni seperti pesakit kanser payudara. Sokongan dan galakan daripada sekeliling memainkan peranan penting.

IBNU SINA MERAWAT PESAKIT KANSER PAYUDARA

Ibnu Sina Wellness ditubuhkan pada 2015 . Dianggarkan lebih kurang  400 pesakit kanser telah menerima rawatan alternatif bagi merawat kanser terutamanya wanita yang menghadapi kanser payudara. Di sini , Ibnu Sina Wellness menjalani  rawatan alternatif yang mampu merawat penyakit kronik secara keseluruhan. Tanpa ubat, tanpa bedah , tanpa radiasi bagi membantu pesakit-pesakit kanser payudara untuk terus menjalani kehidupan dengan sempurna. Tubuh badan yang diciptaNya merupakan ciptaan sempurna yang mempunyai tugas masing-masing. Ramai pesakit kanser payudara mendapatkan rawatan alternatif di sini. Setiap kejadianNya adalah untuk memenuhi kehidupan kita di atas bumi. Jadi kenapa perlu buang, jika boleh merawat. “Mencegah adalah lebih baik mengubati”.

RUJUKAN

1. Akhbar Bernama, (Feb 2019) ,Kira-kira 60 peratus penyakit kanser di Malaysia dikesan pada tahap lewat, http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1691507
2. IARC. 2013. Latest world cancer statistics Global cancer burden rises to 14 . 1 million new cases in 2012 : Marked increase in breast cancers must be addressed. International Agency for Research on Cancer, World Health Organization, (December), 2012–2014. http://www.iarc.fr/en/media-centre/pr/2013/pdfs/pr223_E.pdf [15 September 2015]
3. Torre, L. A., Bray, F., Siegel, R. L., et al. 2015. Global Cancer Statistics, 2012. CA : A Cancer Journal for Clinicians, 65(2), 81-108
4. Rozdan Mazalan ,2019, Risiko  wanita  hidap  pelbagai  +kanser tinggi, https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2018/10/481091/risiko-wanita-hidap-pelbagai-kanser-tinggi.[oktober 2019]
5. Althuis, M. D., Dozier, J. M., Anderson, W. F., Devesa, S. S. & Brinton, L. a. 2005. Global trends in breast cancer incidence and mortality 1973-1997. International Journal of Epidemiology, 34 (2), 405–412.
6. Ferrell, B., Hanson, J., & Grant, M. (2013). An overview and evaluation of the oncology family caregiver project: improving quality of life and quality of care for oncology family caregivers. Psycho‐Oncology, 22(7), 1645-1652.
7. Kim, Y., Baker, F., Spillers, R. L., & Wellisch, D. K. (2006b). Psychological adjustment of cancer caregivers with multiple roles. Psycho‐Oncology, 15(9), 795-804
8. Ferrell, B., Hanson, J., & Grant, M. (2013). An overview and evaluation of the oncology family caregiver project: improving quality of life and quality of care for oncology family caregivers. Psycho‐Oncology, 22(7), 1645-16524
9. Kim, Y., Baker, F., Spillers, R. L., & Wellisch, D. K. (2006b). Psychological adjustment of cancer caregivers with multiple roles. Psycho‐Oncology, 15(9),795-804
10. Noor Adzha Y,(2017), Diet Pesakit Kanser : Tingkatkan Pengambilan Kalori & Protein. Kementerian Kesihatan Malaysia , http://www.myhealth.gov.my/pesakit-kanser-tingkatkan-pengambilan-kalori-protein/
11. Book : Your guide to healthy sleep , (2011), National Institutes of Health, https://www.nhlbi.nih.gov/files/docs/public/sleep/healthy_sleep.pdf

WhatsApp chat