Hati menjadi bengkak apabila berlaku keradangan, penyimpanan berlebihan, penyusupan, gangguan aliran darah dan halangan. Longgokan toksin beracun dalam bentuk kolesterol jahat, jangkitan kulat, kuman, virus dan parasit, minuman beralkohol, ubat-ubatan kimia sintetik, asap rokok dan logam berat yang tersumbat pada dinding hati telah menyebabkan gangguan genetik seterusnya mencetus kepada keradangan dan hati membengkak. Selain itu juga, amalan gaya hidup yang tidak mengikut fitrah seperti makan berlebihan sehingga menyebabkan obesiti turut menyumbang kepada masalah hati bengkak. Allah Yang Maha Melihat (Al-Basir) sentiasa menghitung dan melihat setiap perbuatan manusia itu. Jika hidup bercanggah dengan gaya hidup fitrah maka kesannya juga seperti itu. Untuk jasad yang sihat dan terpelihara daripada penyakit sebaiknya kembalilah kepada fitrah sebelum terlambat.
Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).
Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut