Batu hempedu yang tersekat dalam pundi atau salur hempedu dalam jasad akan menyebabkan seseorang menjadi sakit. Longgokan toksin beracun dalam bentuk jangkitan kuman dan virus, asap rokok, logam berat, ubat-ubatan kimia sintetik, makanan bergoreng, kolesterol jahat dan minuman beralkohol lama kelamaan akan tersumbat pada dinding pundi hempedu seterusnya menyebabkan kerosakan dan menjejaskan organ di sekitarnya. Sekiranya batu hempedu keluar melalui najis, ia menandakan tiada lagi longgokan toksin beracun pada pundi dan salur hempedu dan akhirnya jasad dapat berfungsi secara fitrah.
Antara amalan yang boleh dilakukan untuk mengepam keluar batu hempedu daripada jasad adalah seperti:
- Mengamalkan pengambilan buah lemon, barli, lobak putih, jintan hitam, empulur jagung, pokok bunga matahari, nanas, tembikai dan minyak zaitun.
- Meminum Lote Tree Honey untuk mengepam keluar batu hempedu. Menurut kajian, madu sering digunakan dalam rawatan tradisional kerana mengandungi sebatian bermanfaat yang diperoleh daripada bunga seperti asid fenolik, asid askorbik, tokoferol, agen antibiotik dan flavonoid. Flavonoid yang terdapat dalam madu dikatakan mampu melindungi hati (hepatoprotective) daripada sakit jaundis.
- Tidur mengerekot sambil mengiring ke kanan dapat memudahkan batu hempedu dipam keluar daripada jasad.
Namun harus diingat bahawa batu hempedu keluar melalui najis juga boleh menjadi petanda lain. Bagi penghijrah yang sedang melakukan rawatan Overhaul Body, sila rujuk coach mengenai simptom batu hempedu keluar melalui najis yang dialami.
Madu adalah satu-satunya makanan yang disebut di dalam al-Quran menerusi surah al-Nahl, ayat 69 yang bermaksud: “Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (daripada pelbagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.” Allah Yang Maha Pengasih (Al-Rahman) telah mengurniakan madu dengan pelbagai khasiat khas kepada manusia sebagai penawar kepada pelbagai penyakit. Begitu kasihnya Allah SWT kepada hambaNya yang sering leka, lalai dan berpaling dari fitrah.
Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).
Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut