Artikel : 

Kenapakah jantung bengkak dan berair pada masa yang sama ?

oleh Hakeema Rozainah

Jantung bengkak (cardiomegaly)  menandakan sistem enjin jasad dalam keadaan stres yang berpunca daripada kelemahan otot jantung, sakit arteri koronari, masalah injap jantung dan ketidakstabilan ritma jantung. Manakala jantung berair (pericardial effusion) pula disebabkan oleh lebihan air di antara jantung dan kantung di sekelilingnya. Kedua-dua keadaan ini tidak berbahaya, tetapi ia boleh mengakibatkan jantung tidak dapat berfungsi secara fitrah. Jantung berair berpunca daripada longgokan toksin beracun dalam bentuk jangkitan virus dan kuman contohnya sitomegalovirus, virus Coxsackie, ekovirus, jangkitan HIV, lupus dan tuberculosis serta ubat-ubatan kimia sintetik dan logam berat yang tersumbat pada sel sekitar kantung di sekeliling jantung. Faktor ini yang menyebabkan keradangan (perikarditis) sehingga menghasilkan cecair. Semakin teruk keradangan, semakin banyak cecair yang terhasil. Sekiranya masalah jantung berair tidak dirawat, ia akan mencetuskan penyakit berbahaya seperti serangan jantung, kanser, kegagalan buah pinggang kronik dan penyakit autoimun.

Simptom jantung bengkak adalah seperti berikut:

  • Sesak nafas.
  • Kaki bengkak.
  • Berat badan bertambah.
  • Letih.
  • Berdebar-debar.

Simptom jantung berair adalah seperti berikut:

  • Sakit dada.
  • Urat pada leher membesar.
  • Pengsan.
  • Kadar degupan jantung bertambah.
  • Loya.
  • Sakit pada bahagian atas abdomen.
  • Sesak nafas.
  • Bengkak pada lengan dan kaki.

Allah Yang Maha Melihat (Al-Basir) sentiasa melihat setiap perbuatan manusia termasuklah organ jantung yang sentiasa melaksanakan perintah mengikut Teknologi Fitrah (programming) aturan Allah SWT. Namun begitu, akibat daripada perbuatan manusia itu sendiri, sel-sel ini terhalang untuk menjalankan fungsi secara fitrah yang seterusnya mencetuskan penyakit.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Share on facebook
Share on twitter

Rujukan

Scroll to Top

Muat turun
Buku Panduan 101 Penyakit Edisi Khas