Artikel : 

Kenapakah jantung berdebar-debar ?

oleh Hakeema Rozainah

Jantung berdebar-debar juga dikenali sebagai heart palpitations disebabkan oleh kelemahan jantung yang tidak dapat berfungsi secara fitrah. Seseorang yang mengalami jantung berdebar-debar akan merasa degupan laju dan mempunyai perasaan berbolak-balik. Debaran ini akan dirasai pada bahagian leher, kerongkong dan dada serta menyebabkan ritma jantung berubah. 

Rasa berdebar-debar atau rasa tidak selesa apabila jantung berdegup adalah perkara normal. Secara psikologi, emosi negatif seperti stres, anxiety dan depresi yang berlebihan boleh menyebabkan peredaran darah pada jantung menjadi tidak normal seterusnya boleh merosakkan pembuluh darah di sekitar jantung. Selain itu, antara penyebab lain jantung berdebar-debar adalah:

  • Senaman berlebihan.
  • Kafein berlebihan dan pengambilan minuman beralkohol.
  • Bahan kimia (nikotin), merokok.
  • Kurang tidur, terkejut, demam.
  • Ketakutan dan panik.
  • Dehidrasi.
  • Perubahan hormon.
  • Ketidakstabilan elektrolit.
  • Gula rendah dalam darah dan pendarahan.
  • Anemia serta kekurangan oksigen dan karbon dioksida dalam darah.
  • Aritmia. 
  • Injap jantung tak normal dan penyakit jantung.

Rasa berdebar-debar yang tidak terkawal boleh membawa kepada degupan jantung yang tidak normal (aritmia) sehingga mengakibatkan degupan jantung perlahan (bradikardia) dan degupan jantung laju (takikardia). 

Untuk mencegah jantung daripada berdebar, amalkan gaya hidup sihat dengan tidak minum minuman beralkohol dan minuman berkafein. Sekiranya seseorang mengalami stres, lakukan Pernafasan Fitrah untuk meredakannya. Lakukan senaman ringkas setiap hari untuk kekal aktif. Jaga diet pemakanan supaya tekanan darah dan kolesterol berada dalam kawalan. Apabila gaya hidup fitrah sebati dalam diri, Allah Yang Maha Mengamankan (Al-Mu’min) pasti akan memberikan keamanan jiwa, emosi dan jasmani kepada hambaNya.

Namun harus diingat bahawa jantung berdebar-debar juga boleh menjadi petanda lain. Bagi penghijrah yang sedang melakukan rawatan Overhaul Body, sila rujuk coach mengenai simptom jantung berdebar-debar yang dialami.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Share on facebook
Share on twitter

Rujukan

  • Raviele, A., Giada, F., Bergfeldt, L., Blanc, J.J., Blomstrom-Lundqvist, C., Mont, L., Morgan, J.M., Raatikainen, M.P., Steinbeck, G., Viskin, S. and Document reviewers, 2011. Management of patients with palpitations: a position paper from the European Heart Rhythm Association. Europace, 13(7), 920-934.
  • Bartczak-Rutkowska, A., Trojnarska, O., Plaskota, K., Wachowiak‑Baszyńska, H., Pyda, M. and Grajek, S., 2016. Heart palpitations as an early presentation of a heart tumor. Pol Arch Med Wewn, 126(12), 1009-1011.
  • What You Should Know About Heart Palpitations. Diperoleh pada 2 Februari 2021 daripada: https://www.healthline.com/health/heart-palpitations
Scroll to Top

Muat turun
Buku Panduan 101 Penyakit Edisi Khas