Artikel : 

Kenapakah salur jantung saya tersumbat ?

oleh Hakeema Rozainah

Salur jantung tersumbat adalah disebabkan oleh longgokan toksin beracun dalam bentuk kolesterol jahat yang tersumbat lalu membentuk plak pada dinding sel salur darah di bahagian jantung. Pengumpulan plak kolesterol membuatkan salur jantung tersumbat lalu menyebabkan otot jantung tidak menerima bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Sekiranya penyumbatan salur jantung sangat teruk, ia boleh menyebabkan serangan jantung yang membawa maut. 

Sistem peredaran darah terdiri daripada rangkaian arteri, saluran darah dan kapilari. Allah Yang Maha Pembentuk (Al-Musawwir) telah menjadikan tiub-tiub dan salur darah yang halus ini cekap berfungsi membawa darah beroksigen ke seluruh sistem enjin jasad. Secara fitrahnya, kitaran penukaran gas oksigen dan gas karbon dioksida bermula dari saat roh ditiupkan dan berterusan sehingga sampai perjanjian hambaNya dengan Allah SWT. Allah SWT menjadikan salur darah agar sentiasa terbuka dan tidak tersumbat bagi memastikan darah mengalir dengan lancar. Namun begitu, kecuaian manusia telah menyebabkan terjadinya plak daripada kolesterol lalu menyebabkan saluran darah tersumbat.

Apabila kolesterol jahat membentuk mendakan plak pada dinding salur darah jantung, sel darah putih akan bertindak menghadam kolesterol tersebut. Namun begitu, keadaan akan menjadi buruk apabila ia bertukar menjadi toksin yang menyebabkan lebih banyak sel darah putih datang lalu mencetuskan keradangan. Plak kolesterol akan terbentuk lalu menyebabkan salur darah menjadi sempit dan tersumbat. Apabila bekalan darah berkurangan dan kritikal, serangan jantung akan terjadi.

Namun begitu, beberapa aktiviti juga boleh dilakukan untuk mencegah jantung dari tersumbat seperti:

  1. Mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengikut fitrah. Banyakkan mengambil kolesterol baik (lemak tak tepu) seperti minyak zaitun, kekacang dan avokado. Selain itu, pengambilan serat larut air seperti sayur-sayuran, kekacang dan oat juga dapat merendahkan kolesterol jahat. 
  2. Melakukan senaman selama 30 minit sekurang-kurangnya 4 hingga 5 kali seminggu untuk meningkatkan kesihatan jantung. 
  3. Berhenti merokok kerana tabiat ini boleh meningkatkan kolesterol jahat dan merosakkan fungsi sistem enjin jasad. Sekiranya tabiat merokok ini dihentikan, kolesterol baik dapat ditingkatkan seterusnya dapat membaik pulih sistem enjin jasad.
  4. Berhenti dari minum minuman beralkohol kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada jantung.

Perubatan secara rawatan alternatif mempunyai potensi tinggi dalam merawat pelbagai jenis masalah penyakit. Di Ibnu Sina Wellness, rawatan yang dijalankan adalah berdasarkan Kanun Perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit kronik hingga ke akar umbi dan mengepam keluar longgokan toksin beracun daripada sistem enjin jasad. Rawatan Overhaul Body yang dilakukan oleh Ibnu Sina Wellness membantu menghidupkan kembali fungsi sistem enjin jasad mengikut Teknologi Fitrah(programming).

Untuk info lanjut call 03-33115661 atau klik link http://wasap.my/60174265661/ketahui_lebih_lanjut

Kongsi

Share on facebook
Share on twitter

Rujukan

  • Chuchard, P., Puapansawat, T., Siriapisith, T., Wu, Y.H. and Wiwatanapataphee, B., 2011. Numerical simulation of blood flow through the system of coronary arteries with diseased left anterior descending. International Journal of Mathematics and Computers in Simulation, 5(4), 334-341.
  • Is It Possible to Unclog Your Arteries? Diperoleh pada 2 Februari 2021 daripada: https://www.healthline.com/health/heart-disease/how-to-unclog arteries#complications
Scroll to Top

Muat turun
Buku Panduan 101 Penyakit Edisi Khas