Menu Super IQ

KINDER BUNNY JOY

BAHAN-BAHAN :
3 batang lobak merah ( dimayang halus )
2 biji besar ubi kentang ( direbus dan dibuang kulit )
1 cawan serbuk roti
1/4 cawan butir jagung segar
2 biji telur
1 TSP biji ketumbar (ditumbuk halus)
Garam bukit
Lada Sulah
Minyak Zaitun
1 biji lemon Daun Salad

CARA – CARANYA :

Langkah 1

1. Lenyekkan ubi kentang yang telah direbus dan campurkan lobak merah yang telah dimayang halus bersama 1/4 butir cawan jagung serta 1 tsp biji ketumbar yang telah ditumbuk halus.

2. Tambahkan 1 tsp garam bukit lada sulah secukup rasa. Bentukkan bancuhan tersebut menjadi 7 keping gumpalan croquette ( bulatan.

3. Pukul telur dalam magkuk yang besar , campurkan kepingan croquette ke dalam campuran telur dan salut ia bersama serbuk roti.

Langkah 2

1.Panaskan minyak zaitun dan goreng croquette tersebut sehingga menjadi keperangan. Tapis lebihan minyak dan letakkan crouqette yang telah digoreng rangup diatas kertas penyerap.

2. Hiriskan lemon dan salad serta letakkan disisi croquette tersebut sebagai hiasan.

P/S : Lobak Merah kaya akan kandungan betakerotin, yang diubah menjadi vitamin A dalam hati. Vitamin A ditransformasikan dalam retina, untuk rhodopsin, pigmen ungu yang diperlukan untuk mempertajam penglihatan di malam hari.

Kongsi