Cegah Penyakit CORETAN

LEMAK RACUN ATAU PENAWAR

Secara global, kadar peningkatan insiden kanser payudara adalah berbeza-beza di mana jumlah kes bagi kebanyakan negara Asia dan negara-negara sedang membangun adalah kurang satu perlima daripada jumlah yang direkodkan di negara-negara Eropah. Lebih memeranjatkan lagi kanser payudara ini merupakan pembunuh nombor 1 wanita Malaysia.

Faktor diet, khususnya diet berlemak yang diambil secara kerap dan berlebihan dipercayai menjadi faktor kepada peningkatan insiden kanser payudara di seluruh dunia. Kepercayaan bahawa diet lemak adalah penyebab kanser payudara didasari oleh kajian epidemiologi dan ini menyebabkan pemilihan diet yang lebih sihat dikatakan dapat membantu mencegah dan mengurangkan insiden kanser payudara dalam sesebuah populasi. Namun yang menjadi persoalan adalah, adakah semua jenis lemak mempunyai kesan negatif yang setara? Adakah semua jenis lemak penyebab kanser payudara?

Sebelum kita menilai pengaruh lemak dalam pembentukan kanser payudara, mari kita ingat kembali kepada definisi dan pembahagian jenis-jenis lemak. Lemak didefinisikan sebagai kumpulan ester semulajadi sama ada gliserol atau asid lemak lain yang bersifat pepejal pada suhu bilik dan berasal daripada sumber haiwan dan tumbuhan. Ramai orang berpendapat bahawa lemak adalah sesuatu yang tidak baik untuk badan walhal lemak sangat penting sebagai pengangkut yang membantu penyerapan vitamin A, D, E, dan K yang larut lemak dan dapat membekalkan asid lemak yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Justeru itu, adakah lemak benar-benar merbahaya kepada kita? Adakah lemak itu racun atau sebenarnya penawar kepada manusia?

Secara umumnya, lemak terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

LEMAK TEPU

    Lemak jenis ini biasanya akan berubah menjadi pepejal pada suhu bilik. Kebiasaannya, lemak ini boleh diperolehi dari kulit ayam, lemak ayam, daging, produk tenusu tinggi lemak, mentega, minyak sapi, minyak kelapa, santan dan minyak sawit. Lemak tepu perlu dihadkan pengambilannya dalam diet seharian kerana boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan berlebihan dan meningkatkan tahap kolesterol jahat (LDL) dalam darah.

LEMAK TIDAK TEPU

    Lemak jenis ini akan menjadi cecair pada suhu bilik dan kebiasaannya berasal daripada sumber tumbuhan seperti minyak zaitun, minyak sawit, minyak kanola, kacang tanah dan gajus. Pengambilan lemak ini perlu dilebihkan bagi membantu meningkatkan tahap kolesterol baik dan merendahkan tahap kolesterol jahat, merendahkan tekanan darah tinggi dan risiko penyakit kardiovaskular. Terdapat 2 jenis asid lemak tak tepu iaitu:

    • Lemak Mono Tak Tepu
    • Contohnya seperti minyak sawit, minyak zaitun, minyak kanola, kacang gajus dan kacang tanah.

    • Lemak Poli Tak Tepu
    • Contohnya seperti minyak jagung, minyak kacang soya, minyak biji bunga matahari dan ikan laut dalam. Pengambilan minyak sayur-sayuran dalam masakan mampu meningkatkan pengambilan lemak mono tak tepu dan poli tak tepu dalam makanan harian. Disarankan bagi mencampurkan 2 jenis minyak bagi mendapatkan hasil yang lebih baik. Sebagai contoh 1 bahagian minyak sawit dicampurkan dengan 1 bahagian minyak kacang soya (1:1).

LEMAK TRANS

    Lemak ini terhasil apabila minyak di dalam bentuk cecair ditukar kepada bentuk pepejal. Kebiasaannya lemak ini terdapat di dalam makanan yang telah diproses ataupun di dalam makanan segera dengan bertujuan bagi mengekalkan kesegaran produk makanan tersebut supaya bertahan dengan lebih lama.

    Pengambilan lemak ini perlu dihadkan kerana mampu meyumbang kepada peningkatan tahap kolesterol jahat, risiko penyakit jantung dan kanser. Contoh-contoh makanan yang mengandungi lemak trans adalah:

    • Marjerin dan lemak sayur-sayuran yang dperbuat daripada lemak yang dipejalkan atau dihidrogenkan

    • Makanan yang digoreng dalam minyak mono tak tepu atau poli tak tepu

    • Makanan segera yang mengandungi pewarna dan perisa tiruan

    • Makanan sejuk beku seperti nugget ayam bersalut, bebola makanan laut segera dan sosej segera

    • Makanan yang bersalut tepung, digoreng dan ditumis dengan menggunakan banyak minyak

    • Produk makanan yang berlabel ‘lemak trans atau trans fat’

Daripada maklumat ini, dapat kita fahami bahawa terdapat lemak yang baik dan buruk untuk kesihatan. Lemak secara umum tidak memberikan kesan ketara kepada peningkatan insiden kanser payudara. Namun jika dilihat secara mendalam, terdapat jenis lemak tertentu yang dapat meningkatkan risiko kanser payudara seperti lemak tidak tepu. Kerana itulah bagi sesetengah lemak seperti minyak zaitun tidak digalakkan digunakan untuk menggoreng. Dalam kajian analisis meta yang melibatkan sejumlah kajian preklinikal, pengambilan lemak tepu dan trans yang berlebihan telah meningkatkan insiden kanser payudara.

Walaupun minyak zaitun terbukti secara saintifik dapat mencegah dan merawat kanser payudara dan kanser-kanser yang lain, namun kaedah penggunaannya dan penyediannya yang tidak betul boleh menyebabkan segala khasiatnya hilang bahkan boleh memudaratkan kesihatan. Minyak zaitun bukan hanya akan hilang khasiatnya jika dimasak melebihi suhu 190 darjah selsius (C°), malah boleh bertukar menjadi karsinogen penyebab kanser. Seeloknya minyak zaitun diambil secara mentah sama ada diminum atau dijadikan sos salad. Jangan kerana terlalu kreatif dalam mengolah resepi, maka kita telah mencetuskan kanser payudara tanpa kita sedari.

RAWATAN DI IBNU SINA WELLNESS

Untuk menjadi manusia yang sihat kita hendaklah bijak dalam memilih pemakanan yang tinggi nutrisi, segar dan sihat. Ibnu Sina Wellness sebagai sebuah pusat perubatan alternatif dan komplementari telah membantu ramai pesakit kronik terutamanya pesakit kanser payudara. Selain dari kaedah rawatan fizikal, pemakanan madu Lote Tree beserta pelbagai bahan yang lain seperti kunyit, minyak zaitun dan sebagainya juga disarankan. Sehingga kini, banyak testimoni pesakit yang telah berjaya sembuh dengan izinNya. Rawatan di sini berasaskan ilmu perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca kanser payudara berdasarkan teknologi fitrah.

RUJUKAN

Kongsi