Uncategorized @ms

Madu Menurut Islam

Madu Menurut Islam
Spread the love

Madu merupakan salah satu daripada makanan yang mempunyai nilai kepentingan dalam pelbagai jenis agama. Sebagaimana yang telah diterangkan tentang madu dalam al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w sangat mengesyorkan amalan pengambilan madu sebagai makanan bernutrisi dan bagus untuk tujuan penyembuhan. Terdapat beberapa hadith yang menerangkan tentang kemuliaan madu dan manfaatnya untuk kesihatan seperti:

Madu merupakan salah satu daripada makanan yang mempunyai nilai kepentingan dalam pelbagai jenis agama. Sebagaimana yang telah diterangkan tentang madu dalam al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w sangat mengesyorkan amalan pengambilan madu sebagai makanan bernutrisi dan bagus untuk tujuan penyembuhan. Terdapat beberapa hadith yang menerangkan tentang kemuliaan madu dan manfaatnya untuk kesihatan seperti:

Dari Ibnu Abbas r.a, Nabi s.a.w, bersabda, “Pengubatan itu terdapat tiga cara iaitu dengan meminum madu, berbekam dan dengan kay, iaitu meletakkan besi panas pada kawasan yang terluka. Akan tetapi aku melarang umatku melakukan perubatan dengan kay”

(Hadis Riwayat Bukhari, Buku 7, Jilid 71, No.584).

Diriwayatkan daripada ‘Aisyah, beliau berkata, “Rasullullah s.a.w menyukai makanan yang manis dan madu.”

(Hadis Riwayat Bukhari, Juz 7, Halaman 77, No.5431).

Rasullullah bersabda, “Aku telah diangkat menuju ke sidratul muntaha maka tiba-tiba terdapat empat sungai; dua sungai yang zahir dan dua sungai yang tersembunyi. Adapun dua sungai yang zahir ialah Nil dan Furat manakala dua sungai yang yang tersembunyi ialah sungai di dalam syurga. Lalu aku dibawakan tiga bekas; bekas yang mengandungi susu, bekas yang mengandungi madu, dan bekas yang mengandungi arak. Maka aku mengambil bekas yang mengandungi susu lalu aku meminumnya. Setelah itu dikatakan kepadaku, ‘Kamu telah memilih fitrah, begitu juga umatmu.’”

(Hadis Riwayat Bukhari, Juz 7, Halaman 109, No.5610).

“Ada seseorang menghadap Nabi s.a.w, ia berkata: ‘Saudaraku mengeluhkan sakit pada perutnya.’ Nabi berkata: ‘Minumkan ia madu.’ Kemudian orang itu datang untuk kedua kalinya, Nabi berkata: ‘Minumkan ia madu.’ Orang itu datang lagi pada kali yang ketiga, Nabi tetap berkata: ‘Minumkan ia madu.’ Setelah itu, orang itu datang lagi dan menyatakan: ‘Aku telah melakukannya (namun belum sembuh juga malah bertambah sakit).’ Nabi bersabda: ‘Allah Maha Benar dan perut saudaramu itu dusta. Minumkan lagi madu.’ Orang itu meminumkannya lagi, maka saudaranya pun sembuh.”

(Hadis Riwayat Bukhari, No. 5684 dan Muslim, No. 5731)

Agama Buddha di India dan Bangladesh pula menyambut perayaan ‘Madhu Purnima’ dengan memberikan madu kepada sami-sami mereka sempena memperingati peristiwa seekor monyet menghadiahkan madu kepada Buddha selepas berundur ke gurun akibat perselisihan faham dengan pengikutnya.

Orang beragama Hindu menganggap madu sebagai salah satu daripada lima atma jiwa (Panchamruta). Mereka akan menuangkan madu ke atas patung-patung dewa dalam upacara yang di panggil ‘Madhu Abhisheka’. Teks Ayurveda India kuno Ashtanga Hridaya yang ditulis sekitar 500 Masihi menunjukkan madu yang digunakan untuk pelbagai penyakit seperti pembersihan dan penyembuhan luka, termasuklah jangkitan dalaman dan luaran.

Nilai perubatan madu juga ditekankan dalam kitab Talmud Yahudi. Ia digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit terutamanya masalah jantung, gout, dan kegunaan luar seperti untuk merawat luka manusia dan haiwan.

Oleh kerana terdapat banyak madu di palestin lantaran nilainya dalam kehidupan seharian, ini menarik perhatian orang Yahudi sehinggakan ahli kitab Yahudi menggambarkan bumi Palestin yang dirampas sebagai ‘tanah yang baik dan luas yang mengalir madu’. Salah satu kegunaan madu dalam masyarakat Yahudi adalah dengan menjadikannya simbolik kepada kemanisan tahun baru ‘Rosh Hashana’. 

Seiring dengan nilai dan manfaat madu yang direkodkan dalam agama-agama di seluruh dunia, terdapat pelbagai penemuan sains mengenai keistimewaan yang boleh didapati dari madu yang jarang diketahui dan diterokai. Menurut Abudullah Al-Qari Hj Salleh di dalam bukunya‘Ensiklopedia Rawatan Penyakit dengan Madu Lebah’, madu memiliki banyak khasiat dan dapat merawat pelbagai penyakit.

Madu ialah bahan makanan semulajadi dan mudah dicerna kerana ia diasimilasikan dan diserap sepenuhnya oleh sel-sel darah tanpa membebankan sistem tubuh dengan sisa-sisa yang sukar disingkirkan. Kerana kandungan nutrisi dan enzimnya, madu ialah makanan terbaik untuk menyingkirkan toksin dan membaiki semua kerosakan sel didalam badan khususnya di dalam perut.

Madu juga pernah dijadikan sebagai antibiotik semulajadi sebelum kemunculan antibiotik sintetik di seluruh dunia. Ini disokong oleh Peana Ladun Ache, seorang pakar perubatan alternatif di Amerika Syarikat yang menegaskan bahawa madu adalah antibiotik semulajadi yang terbaik.

About the author

test 1

test1

WhatsApp chat