Cegah Penyakit CORETAN

MAMPUKAH HERBA MERAWAT KANSER PAYUDARA? BERSEDIAKAH KITA?

Statistik beberapa dekad yang lepas telah menunjukkan bahawa kanser payudara bagi tahap I dan II telah meningkat daripada 41% ke 65%. Jumlah angka ini sangat membimbangkan dan secara tidak langsung merupakan penyebab utama kematian wanita di seluruh dunia. Terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk kanser payudara termasuklah pembedahan, kemoterapi dan radioterapi. Sehingga kini, kemoterapi masih menjadi pilihan utama yang disyorkan kepada pesakit kanser payudara walaupun telah sedia maklum bahawa terdapat kesan sampingan akibat kesan toksik kepada sel normal. Namun begitu, rawatan alternatif dan komplementari juga ditawarkan seperti perubatan berasaskan herba, perubatan tradisional, perubatan Islam, perubatan tradisional China, perubatan Ayurveda, akupuntur, homeopati, aromaterapi dan lain-lain yang seangkatan dengannya. Persoalannya, adakah rawatan herba mampu merawat kanser payudara di zaman serba moden ini?

Selama ini kemampuan rawatan alternatif dan komplementari hanya dapat dibuktikan keberkesanannya berdasarkan bukti empirik dan kajian kes seperti testimoni. Namun kini kajian keberkesannya lebih sistematik seperti kajian klinikal semakin mendapat tempat dalam dunia perubatan. Negara-negara seperti China, Jepun, Korea dan Taiwan telah lama mengiktiraf dan meingitegrasikan perubatan alternatif dan komplementari ke dalam dasar kesihatan kebangsaan di mana ia meliputi pengajarannya secara terbuka dan pengiktirafannya dalam polisi insuran.

Secara global, 45% pesakit kanser payudara pelbagai tahap menggunakan perubatan alternatif dan komplementari. Dalam kaji selidik yang dilakukan terhadap pejuang kanser, 69% daripadanya berpendapat bahawa perubatan alternatif dan komplementari dapat mencegah pengulangan kanser, 67% berpendapat bahawa ianya dapat membantu penyembuhan dan 64% berpendapat bahawa rawatan ini dapat membantu menangani tekanan psikologi. Sementara itu, lambakan bukti daripada percubaan kawalan rawak (randomized control trial, RTC) menunjukkan bahawa perubatan herba dan fitokimianya yang digabungkan dengan kemoterapi dapat meningkatkan kepekaan sel kanser kepada rawatan dan mengurangkan kesan sampingannya lalu berkesan dalam meningkatkan kadar survival dan kualiti hidup. Ini merupakan perkembangan positif dalam usaha mengiktiraf keberkesanan herba sebagai rawatan utama bagi kanser payudara.

Menyedari potensi rawatan tradisional dan komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memasukkan subtopik rawatan alternatif dalam Garis Panduan Amali Klinikal untuk Pengurusan Kanser Payudara. Walaupun bukti saintifik yang menunjukkan kemampuan dan kerelevanan rawatan herba semakin meningkat, namun persoalan yang timbul adalah adakah kita sudah bersedia untuk menerima rawatan herba ini bagi merawat kanser payudara? Stigma bahawa perubatan alternatif dan komplementari sebagai pilihan kedua bagi rawatan kanser payudara perlu dihapuskan lantaran lambakan bukti saintifik yang semakin jelas menunjukkan keberkesanan dan mutu keselamatan menggunakan kaedah rawatan ini.

RAWATAN DI IBNU SINA WELLNESS

Ibnu Sina Wellness sebagai sebuah pusat perubatan alternatif dan komplementari telah membantu ramai pesakit kronik terutamanya pesakit kanser payudara. Sehingga kini, banyak testimoni pesakit yang telah berjaya sembuh dengan izinNya. Rawatan di sini berasaskan ilmu perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca kanser payudara berdasarkan teknologi fitrah.

RUJUKAN

  • Anim JT, John B, Prasad A, Saji T, Akhtar N, Ali V, Al-Saleh M. Relationship between the expression of various markers and prognostic factors in breast cancer. Acta histochemica. 2005 Jul 1;107(2):87-93.
  • Araújo S, do Carmo M, Farias IL, Gutierres J, Dalmora SL, Flores N, Farias J, Cruz ID, Chiesa J, Morsch VM, Chitolina Schetinger MR. Uncaria tomentosa—adjuvant treatment for breast cancer: clinical trial. Evidence-Based Complementary and Alternative Medicine. 2012;2012.
  • Early Breast Cancer Trialists’ Collaborative Group. Effects of chemotherapy and hormonal therapy for early breast cancer on recurrence and 15-year survival: an overview of the randomised trials. The Lancet. 2005 May 14;365(9472):1687-717.
  • Eisenberg DM, Kessler RC, Van Rompay MI, Kaptchuk TJ, Wilkey SA, Appel S, Davis RB. Perceptions about complementary therapies relative to conventional therapies among adults who use both: results from a national survey. Annals of internal medicine. 2001 Sep 4;135(5):344-51.
  • Garg AK, Buchholz TA, Aggarwal BB. Chemosensitization and radiosensitization of tumors by plant polyphenols. Antioxidants & redox signaling. 2005 Nov 1;7(11-12):1630-47.
  • Gerber B, Scholz C, Reimer T, Briese V, Janni W. Complementary and alternative therapeutic approaches in patients with early breast cancer: a systematic review. Breast cancer research and treatment. 2006 Feb 1;95(3):199-209.
Kongsi