#paruparu CORETAN

NOKTAHKAN PENINGKATAN STATISTIK KELAZIMAN KANSER PARU-PARU

Kanser paru-paru adalah kanser ketiga yang paling kerap dihidapi oleh penduduk dunia dan mencatatkan kematian yang paling tinggi iaitu sekurang-kurangnya 1 kematian antara 5 pesakit kanser. Kanser ini paling kerap dihidapi oleh lelaki dan ketiga paling kerap dihidapi oleh wanita. Terdapat sebanyak 2 juta bilangan kes kanser paru-paru dilaporkan pada tahun 2018. Jumlah ini semakin membimbangkan dari tahun ke tahun dan harus dinoktahkan dengan segera.

Perokok aktif mempunyai kebarangkalian sebanyak 85-90% untuk mendapat kanser paru-paru, lalu menjadikan merokok adalah faktor risiko utama kepada kejadian penyakit ini. Selain dari itu, antara faktor-faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan penyakit ini adalah kerana:

  • Terdedahnya kepada asap rokok atau dikenali sebagai perokok pasif
  • Persekitaran tempat kerja yang terdedah kepada agen-agen karsinogen seperti kilang-kilang pembuatan seramik, racun serangga, lombong dan lain-lain
  • Persekitaran udara yang tercemar
  • Diet yang tidak seimbang dan obesiti

Terdapat pelbagai tips dan langkah-langkah yang boleh diamalkan untuk membendung perkara ini, antaranya adalah:

  1. Berhenti merokok
     Terdapat pelbagai inisiatif telah diwujudkan bagi membantu para perokok untuk berhenti merokok. Contohnya seperti Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok (PKBM) yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). PKBM adalah perkhidmatan yang bertujuan untuk mendorong dan memudahkan cara perokok berhenti merokok dengan terapi modifikasi tingkah laku, terapi farmakoterapi atau kombinasi kedua-duanya dalam tempoh 6 bulan.
  2. Melakukan saringan awal kanser paru-paru
    Kajian daripada National Lung Screening Trial (NLST) menunjukkan kesan daripada saringan awal iaitu dengan menggunakan imbasan CT dos rendah untuk mengesan kanser paru-paru mampu mengurangkan 20% kematian akibat kanser paru-paru. Saringan ini signifikan terutamanya bagi mereka yang sudah berumur dalam lingkungan 50–70 tahun, perokok tegar atau bekas perokok, atau yang sentiasa terdedah kepada gas karsinogen.
  3. Mengamalkan pemakanan seimbang
    Kajian menunjukkan makanan yang mengandungi antioksidan yang rendah serum seperti vitamin A, C, dan E mempunyai kesan perlindungan terhadap kanser paru-paru. Namun hendaklah berhati-hati dalam pengambilan vitamin secara berlebihan seperti vitamin A dan E juga dikatakan mengundang penyakit kanser paru-paru. Disarankan agar sentiasa mengamalkan diet pemakanan seimbang dan memperbanyakkan pengambilan buah-buahan serta sayuran.

RAWATAN DI IBNU SINA WELLNESS

Sama ada kita sedar ataupun tidak, terdapat pelbagai inisiatif yang boleh diamalkan untuk mencegah kanser paru-paru ini sekali gus mengurangkan angka statistik jumlah insiden dan kematian yang disebabkan olehnya. Walau bagaimanapun, jika anda merupakan pesakit kanser paru-paru, masih belum terlambat untuk anda mengecapi kembali nikmat kesihatan anda. Ibnu Sina Wellness sebagai sebuah pusat perubatan alternatif dan komplementari telah membantu ramai pesakit kronik terutamanya penyakit yang berkaitan dengan paru-paru.Sehingga kini, banyak testimoni pesakit yang telah berjaya sembuh dengan izin-Nya. Rawatan di sini berasaskan ilmu perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca penyakit paru-paru berdasarkan Teknologi Fitrah.

RUJUKAN

1. Burns, D. M. (2000). Primary prevention, smoking, and smoking cessation: implications for future trends in lung cancer prevention. Cancer, 89/ 2506 – 2509. 10.1002/1097-0142(20001201)89:11+<2506::AID-CNCR33>3.3.CO;2#
2. Dela Cruz, C. S., Tanoue, L. T., & Matthay, R. A. (2011). Lung Cancer: Epidemiology, Etiology, and Prevention. Clinics in Chest Medicine, 32(4), 605–644. doi:10.1016/j.ccm.2011.09.001 
3. Kenyataan Akhbar KPK 3 Januari 2020 – Penerbitan Malaysia National Cancer Registry Report 2012 – 2016 (MNCRR) diperolehi pada 30 Oktober 2020 daripada https://kpkesihatan.com/2020/01/03/kenyataan-akhbar-kpk-3-januari-2020-penerbitan-malaysia-national-cancer-registry-report-2012-2016-mncrr/
4. Lung cancer,How diet, nutrition and physical activity affect lung cancer risk diperolehi pada 30 Oktober 2020 daripada https://www.wcrf.org/dietandcancer/lung-cancer#:~:text=Lung%20cancer%20is%20the%20third,one%20in%20five%20cancer%20deaths.
5. MyHEALTH for life diperolehi pada 30 Oktober 2020 daripada https://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/Umum/e-Mag_Speakout_Edition_2019.pdf
6. National Lung Screening Trial Research Team, Aberle DR, Adams AM, et al. Reduced LungCancer Mortality with Low-Dose Computed Tomographic Screening. N Engl J Med 2011;365(5): 395–409.
7. Voorrips LE, Goldbohm RA, Verhoeven DT, et al. Vegetable and fruit consumption and lung cancer risk in the Netherlands Cohort Study on diet and cancer. Cancer Causes Control 2000;11(2):101–15.

Kongsi