#kanser #payudara

PEMBUNUH NO 1 DI MALAYSIA, 8 TANDA KANSER PAYUDARA ANDA PERLU TAHU!

8 tanda & gejala kanser payudara

Tahukah anda, menurut laporan terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kanser payudara merupakan kes yang paling tertinggi dan nombor 1 di kalangan wanita Malaysia. Dikatakan 1 daripada 35 wanita berbangsa Melayu berisiko menderita kanser payudara, dan 43% daripada keseluruhan pesakit kanser payudara telah dikesan, didiagnosa pada tahap lewat iaitu Tahap 3 dan 4. Angka ini sangat membimbangkan masyarakat kita. Sebelum angka ini meningkat dengan lebih mendadak dan menakutkan lagi, ayuh kita periksa sendiri dahulu simptom kanser payudara sebelum terlambat.

Kajian statistik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang dilaporkan di Globocan 2018 mengenai jumlah pesakit kanser lelaki dan perempuan di Malaysia

Apakah 8 tanda-tanda kanser payudara yang perlu anda periksa?

Tanda pertama: Benjolan di sekitar payudara
Jika terdapat ketulan di sekitar payudara anda, berhati-hatilah kerana ia mungkin tanda awal kanser dan mungkin tidak. Bagaimana mahu bezakan benjolan tersebut?

Tanda Mungkin Bukan Kanser

  • Ketulan hilang selepas haid
  • Ketulan lembut
  • Ada beberapa ketulan payudara
  • Terdapat ketulan di payudara sebelahnya

Tanda Mungkin Kanser

  • Tanda Mungkin Kanser
  • Ketulan terasa keras pada payudara atau bawah ketiak
  • Terdapat satu ketulan sahaja
  • Kulit payudara mengecut
  • Keluar cecair lelehan dari ketulan tersebut
  • Tidak ada ketulan di payudara sebelahnya

Sebab berlakunya perbezaan ini adalah kerana perubahan payudara berlaku serentak dengan haid bulanan akibat daripada perubahan paras hormon seperti yang dilaporkan oleh Strategi Kawalan Kanser Kebangsaan (National Cancer Control Strategy, NCCS).

Tanda kedua: Keluar cecair dari payudara
Warna dan tekstur cecair yang keluar dari payudara berbeza mengikut tahap kanser yang dialami. Menurut Institut Kanser Negara (NIH), antara punca rembesan mungkin disebabkan oleh ubat-ubatan, pil pencegah kehamilan dan jangkitan kuman. Antara jenis cecair adalah:
Cecair Jernih
– Tidak mempunyai warna atau jernih, dan agak kental menunjukkan kanser pada peringkat awal dan masih boleh diubati dengan cepat.
Cecair bercampur darah
– Apabila cecair yang keluar berwarna merah seperti darah atau coklat, ini menunjukkan tahap yang merbahaya dan haruslah mendapat kan rawatan yang segera.

Tanda ketiga: Warna kulit payudara menjadi merah
Perubahan warna kulit payudara kepada merah dan gelap di salah satu sisi juga menandakan ada kanser di situ. Tanda ini apabila disentih akan terasa hangat pada berdekatan yang disentuh sahaja. Selain itu, bengkak juga boleh terjadi pada bahagian yang berwarna merah tadi. Kadang-kadang perubahan warna ini juga disebabkan oleh keradangan atau jangkitan kuman dan dirawat dengan antibiotic seperti yang diperkatakan oleh Persatuan Kanser Amerika (American Cancer Society). Namun, tidak mustahil juga ia adalah kehadiran populasi sel kanser yang merbahaya.

Tanda Keempat: Kegatalan pada puting susu
Kegatalan pada puting susu juga merupakan tanda yang tidak harus dipandang ringan. Selain itu, kulit di sekitar payudara juga akan menggelupas dan sangat sakit. Pada peringkat ini disarankan untuk segera mendapatkan rawatan kerana kulit merupakan bahagian yang sangat peka dan sensitif.

Tanda Kelima: Saiz payudara menjadi besar atau kecil tanpa sebab
Secara normalnya, perempuan akan mengalami perubahan saiz payudara apabila membesar dari remaja kepada dewasa. Namun, jika perubahan saiz berlaku secara tiba-tiba dan hanya berlaku pada satu bahagian sahaja, ini juga menunjukkan tanda kanser. Selain itu, perubahan saiz dan bentuk dari tegang dan kemudiannya kendur ke bawah pada salah satu bahagian payudara juga merupakan tanda kanser yang perlu diambil berat.

Tanda Keenam: Kesakitan pada bahagian payudara
Lazimnya kesakitan payudara berlaku apabila perempuan itu sedang dalam keadaan haid ataupun sedang hamil. Namun kesakitan itu akan hilang apabila sampai masanya. Jika kesakitan itu tidak hilang dan saiz payudara terus membesar, ia mungkin juga merupakan tanda kanser payudara.

Tanda Ketujuh: Puting masuk ke bahagian dalam
Secara normalnya, puting akan menonjol keluar pada semua wanita namun jika ia tidak berlaku dan berada dlm keadaan tenggelam ke dalam maka hendaklah berhati-hati dan segera mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Tanda Kelapan: Kedutan disekitar payudara
Setiap wanita yang berumur pasti akan menghadapi kedutan di semua bahagian kulit termasuk bahagian payudara. Namun sekiranya kedutan sudah muncul pada perempuan yang masih muda, hendaklah dia berwaspada dan lebih merbahaya jika kedutan ini dalam keadaan yang kasar pada bahagian tertentu dan berwarna hitam.
Kelapan-lapan tanda yang dinyatakan adalah merupakan gejala kanser payudara yang boleh dikesan awal. Jika anda mempunyai salah satu atau semua simptom yang dinyatakan, sebaiknya dapatkanlah rawatan yang betul dan cepat.

RAWATAN DI IBNU SINA WELLNESS
Ibnu Sina Wellness sebagai sebuah pusat perubatan alternatif dan komplementari telah membantu ramai pesakit kronik terutamanya pesakit kanser payudara. Sehingga kini, banyak testimoni pesakit yang telah berjaya sembuh dengan izinNya. Rawatan di sini berasaskan ilmu perubatan Ibnu Sina yang telah terbukti secara saintifik dapat menghapuskan punca kanser payudara berdasarkan teknologi fitrah.

Rujukan:

1. American Cancer Society daripada https://www.cancer.org/cancer/breast-cancer/about/breast-cancer-signs-and-symptoms.html
2. Hospital Universiti Sains Malaysia daripada http://h.usm.my/index.php/en/isusemasa-bestari/885-simtom-bestari
3. IARC (2018). World Health Organization, 2018. Lyon, International Agency for Research on Cancer daripada https://gco.iarc.fr/today/data/factsheets/populations/458-malaysia-fact-sheets.pdf
4. Kementerian Kesihatan Malaysia daripada https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/kadar-kematian-akibat-kanser-payudara-di-malaysia-merupakan-penyebab-kematian-pr/10155596859701237/
5. National Cancer Institute daripada https://www.cancer.gov/types/breast/breast-changes.
6. National Cancer Centre Singapore daripada  https://www.nccs.com.sg/patient-care/cancer-types/Documents/Common_Breast_Problem_Malay.pdf

Kongsi